SKT oh SKT

Disember 2, 2009 oleh Azrul Hisyam

Borang Sasaran Kerja Tahunan.

Satu bakul atas meja saya. Kene nilai prestasi kerja pegawai bawah seliaan saya.

Saya rasa ini cabaran yang besar. Selaku Pegawai Penilai Pertama saya rasa penilaian harus adil.

Moga di lapangkan dada!

Selamat Menduduki SPM

November 18, 2009 oleh Azrul Hisyam

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2010 buat adik perempuan saya, Rasyidah.

 

Buat molek deh kak chik

Semoga berjaya!

Haji dan Korban

November 13, 2009 oleh Azrul Hisyam

“Se nok wat korban ko tahun ni?” Tanya mak saya melalui telefon.

“Ada giye lagi ko?” Tanya saya balas.

“Ado, nok?” Jawab mak

“Nok!” Balas saya. Perbualan telefon saya dengan mak 2 minggu lepas.

Malam tadi menerima panggilan dari ayah.

“Mok Soh nak gi mekoh tahun ni, ayoh duk rumah dio loni, dio buat make2 sikit” Beritahu ayah.

“Kirim sale ko mok soh..Kirim duit jugo ko dio, ayoh guna duit ayah dulu, nanti Se bayar balik” Balas saya.

“ok”.

Masa belajar di sekolah menengah dulu, bab haji dan munakahat yang saya paling susah faham dan hafal. Mungkin kena buat praktikal baru boleh faham dan ingat.

InshaAllah saya melakukan ibadah korban tahun ini dengan mengambil iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail kerana patuh dan taat pada perintah Allah.Kesabaran dan ketaatan mereka kepada Allah, maka diganti Nabi Ismail dengan seekor binatang.   

Semoga ibadah korban yang dilakukan dapat melatih diri orang muslim supaya sentiasa bersedia mengorbankan rezeki dan nikmat pemberian Allah kepada orang lain. InshaAllah.

photo of the day 3

November 2, 2009 oleh Azrul Hisyam

9932_101632599853320_100000197412808_43215_7356401_n

Moga Selamat

Oktober 14, 2009 oleh Azrul Hisyam

“Duk mano loni?” Tanya saya

“Airport Pengkalan Chepa, pukul 4.30 flight ke KLIA, pahtu flight ke Mesir pukul 11.00 malam” Jawab adik perempuan saya. Perbualan ringkas saya terhenti apabila pintu bilik di ketuk.

InshaAllah beliau kembali ke Alex Universiti untuk tahun ke 3.

Selamat kembali ke kampus

 

 

~~Sedang berkemas untuk ke KL untuk meeting pagi esok, tapi tak sempat nk hantar adik di KLIA kerana saya ke KL dengan pemandu. Penat. Titik.

Merajuk

Oktober 9, 2009 oleh Azrul Hisyam

Kami saling mengenali sejak 2005, sudah 4 tahun saya bersama. Agak lama juga lah perkenalan kami, dan memang saya sangat menyukainya.

Bukanlah cantik sangat pun, tapi saya sangat selesa bersamanya.

Tapi sejak minggu lepas, asyik merajuk je. amat menyusahkan saya.

“Cari yang lain je lah” seru rakan sekerja

“Saya masih sayang!” balas saya

“Kalau asyik menyusahkan, carilah lain, bukannya tak mampu pun”

Saya berfikir banyak kali.

Alahai telefonku. Rosak lagi

~photo of the day 2~

Oktober 6, 2009 oleh Azrul Hisyam

stop

 

Jadual OutsTension Oktober

 

06/10 – Alor Setaq (dekat je)

08/10 – IKBN Bukit Mertajam (Jauh sikit dari A.Staq)

15/10 – KL (Meeting ape ntah, td bos baru bagitau) (Semakin jauh)

20-23/10 – Empress Hotel Sepang (Semakin-semakin jauh)

 

Stop la, aku dah penat travel!

~photo of the day~

Oktober 5, 2009 oleh Azrul Hisyam

Forest

Komunikasi

Oktober 1, 2009 oleh Azrul Hisyam

“Betul ke staf kontrak akan diberhentikan?” Tanya seorang staf saya

“Kenapa tak bagitau awal2?”

“Kenapa itu….kenapa ini…?” tak henti-henti bertanya.

 

Ini yang berlaku hari ini. Nada semacam tidak puas hati.

Saya menarik hela yang panjang. Mula berbincang. Dan dia menerima.

Saya percaya, semua orang berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun jika saya melenting dengan diajukan pelbagai soalan yang sebenarnya tak masuk akal, sudah pasti akan lebih rumit.

Yang penting komunikasi berkesan. Itu ditempat kerja.

 

Saya banyak kali dengar tentang kes-kes perceraian dalam rumah tangga akibat dari komunikasi yang tidak baik. Isteri mahu dihargai. Sama juga dengan suami. Tapi sebaliknya berlaku.

Mungkin sudah bosan dengan pasangan masing-masing dek terlalu lama bercinta sebelum kahwin sehinggakan tiada apa yang hendak dibualkan.

“Yang, rumah kita dah 2 bulan tak bayar ni” mula si suami untuk berbincang.

“Kejap ye bang, saya ada hal sikit nk buat kat dapur” balas si isteri

Suami membisu.

 

“Bang, semalam ayah ada call dia tanya bila kita nak balik kampung” Tanya isteri

“Kejap ye sayang, abang sibuk ni, ada kerja yang perlu diselesaikan” jawab suami dengan nada yang baik.

Namun, jika setiap kali si isteri ingin memulakan perbincangan tetapi si suami masih beralasan, sibuk la, ada hal itu la, ada hal ini la, maka berlakulah komunikasi yang pasif. Si isteri akan pendam perasaan.

“Tak payah cakap la ngan laki aku nie” benak isteri dalam hati. Keadaan yang berterusan akan membuat rumah tangga berantakan.

 

Memang terlalu banyak kes macam ini yang saya dengar. Pasangan yang bertunang pun tidak berkecuali. Bila rasa diri tidak dihargai, maka mula la untuk menjauhkan diri.

 

Saya menarik nafas panjang

HUH

September 29, 2009 oleh Azrul Hisyam

TAK UPDATE

MALAS

LANTAKLAA

TITIK