Sepanjang kempen EURO 08 ni, saya tak pernah miss walau 1 perlawanan kecuali perlawanan antara German-Portugal di peringkat suku akhir (terlentok depan tv, tv yang tengok saya). Rupa-rupanya saya ni gila bola juga. Sebab itu ada kawan perli, bulan 6 ni saya ada 3 jobs; buat data strata, tengok bola, student master (tp yg ni x berapa menjadi.huhu)
3 Perlawanan terakhir Turki saya ikuti dengan penuh minat. Perlawanan dengan Republik Czech diperingkat kumpulan, Crotia diperingkat suku akhir, dan malam tadi semasa perlawan separuh akhir menentang German. Begitu teruja melihat pasukan bolasepak turki bermain dan lebih teruja apabila lensa kamera terarah kepada Presiden Turki, Abdullah Gul pada 2 perlawanan terakhir.
**********
Mempelajari Semangat Juang Bolasepak Turki
Bayangkan jika anda menjadi pengurus bolasepak. 9 daripada 1st 11 pemain anda tidak dapat beraksi, dan perlawanan yang bakal dihadapi ialah sebuah pasukan gergasi bolasepak dunia.
Mahupun tanpa Nihat Kahveci yang tercedera, pasukan Turki tampak garang dan bersemangat. Hasilnya, Turki mendahului German walaupun terikat 1-1 apabila tamat separuh masa.
Turki kecundang 2-3, tetapi bagaimana semangat juang anak buah Fatih Terim pada minit-minit akhir perlawanan amat meresahkan lawannya. Mereka tidak mengaku kalah sehingga wisel penamat ditiup!
**********
Mempelajari Semangat Juang Presiden Turki Abdullah Gul
Berlatar belakang pejuang yang komited dalam Parti Refah, dan bersama-sama dalam Parti AK dalam melakukan ijtihad dalam politik yang kini menampak bait-bait kejayaan. Pernah ditentang hebat semasa beliau dicalonkan sebagai Presiden Turki (kuasa eksekutif) oleh puak sekular hanya kerana isterinya seorang yang bertudung. Semalam beliau di stadium bersama pasukan bolasepak Turki; semangat seorang presiden.
Jika jatuhnya kerajaan Islam ketika di Turki, saya kira bumi itu juga yang akan mencetus kebangkitan dan kegemilangan Islam.
26 Jun Saya Pelajari Semangat Juang Ini
Memang benar kata-kata sahabat saya. [Awan]
26 Jun datang lagi…
Hari ini, saya mempelajari semangat juang dari insan ini, Khairul Azri Mohd Annuar (1985-2006). Genap 2 tahun pemergian beliau.
Satu sebab saya tidak tukar hanset saya kerana saya masih lagi menyimpan nombor telefon dan mesej dari beliau. Dan saya tak mahu kehilangan nombor dan mesej ini sampai bila-bila.
“Sesaat matamu berkedip ingat Allah…sedetik jantungmu berdegup ingat Allah…sehalus budimu ditabur, ingat Allah”
Sender:
Mat Yie
11-April-2006
Al-Fatihah



Jun 26, 2008 at 8:01 am |
Mat Yie: 012-8668423
Jun 26, 2008 at 8:05 am |
Aku pun nak ulas pasal turki. tunggu ah. hari ni ada entri doh. esok luso pulop
Jun 26, 2008 at 8:14 am |
esok ulas pasal kemenangan spain lah pulop
Jun 26, 2008 at 8:30 am |
salam. dik, arwah mat yie tu besfren mase kat utm ye?
Jun 26, 2008 at 8:43 am |
[...] dalam Bola sepak, Doa, Hati, Isu Semasa, Kepimpinan, Luahan rasa, Motivasi Apabila rakan saya, Hisyam, menceritakan tajuk semangat juang ini, saya sedar betapa sebagai manusia biasa mahu atau tidak [...]
Jun 26, 2008 at 8:56 am |
Ko kawen aja dengan orang klate
Jun 26, 2008 at 9:10 am |
to kak widad : Mat Yie kawan 1 sekolah, smka falahiah
to ridwanto : aku suka oghe klate!!!
Jun 27, 2008 at 1:01 am |
aku banyak belajar dari kes ini (perginya seorang pejuang)…
kalau boleh aku tidak mahu mengingatinya…
biar la mu nak marah pun…
kerana itu sejarah hitam untuk aku…
aku tidak mahu memengingati kesilapan itu lagi…
setiap kali nama mat yie disebut..
terasa seperti dipanah petir