
Arkib bagi Kategori ‘Uncategorized’
photo of the day 3
November 2, 2009Moga Selamat
Oktober 14, 2009“Duk mano loni?” Tanya saya
“Airport Pengkalan Chepa, pukul 4.30 flight ke KLIA, pahtu flight ke Mesir pukul 11.00 malam” Jawab adik perempuan saya. Perbualan ringkas saya terhenti apabila pintu bilik di ketuk.
InshaAllah beliau kembali ke Alex Universiti untuk tahun ke 3.
Selamat kembali ke kampus
~~Sedang berkemas untuk ke KL untuk meeting pagi esok, tapi tak sempat nk hantar adik di KLIA kerana saya ke KL dengan pemandu. Penat. Titik.
Merajuk
Oktober 9, 2009Kami saling mengenali sejak 2005, sudah 4 tahun saya bersama. Agak lama juga lah perkenalan kami, dan memang saya sangat menyukainya.
Bukanlah cantik sangat pun, tapi saya sangat selesa bersamanya.
Tapi sejak minggu lepas, asyik merajuk je. amat menyusahkan saya.
“Cari yang lain je lah” seru rakan sekerja
“Saya masih sayang!” balas saya
“Kalau asyik menyusahkan, carilah lain, bukannya tak mampu pun”
Saya berfikir banyak kali.
Alahai telefonku. Rosak lagi
~photo of the day 2~
Oktober 6, 2009
Jadual OutsTension Oktober
06/10 – Alor Setaq (dekat je)
08/10 – IKBN Bukit Mertajam (Jauh sikit dari A.Staq)
15/10 – KL (Meeting ape ntah, td bos baru bagitau) (Semakin jauh)
20-23/10 – Empress Hotel Sepang (Semakin-semakin jauh)
Stop la, aku dah penat travel!
~photo of the day~
Oktober 5, 2009
Komunikasi
Oktober 1, 2009“Betul ke staf kontrak akan diberhentikan?” Tanya seorang staf saya
“Kenapa tak bagitau awal2?”
“Kenapa itu….kenapa ini…?” tak henti-henti bertanya.
Ini yang berlaku hari ini. Nada semacam tidak puas hati.
Saya menarik hela yang panjang. Mula berbincang. Dan dia menerima.
Saya percaya, semua orang berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun jika saya melenting dengan diajukan pelbagai soalan yang sebenarnya tak masuk akal, sudah pasti akan lebih rumit.
Yang penting komunikasi berkesan. Itu ditempat kerja.
Saya banyak kali dengar tentang kes-kes perceraian dalam rumah tangga akibat dari komunikasi yang tidak baik. Isteri mahu dihargai. Sama juga dengan suami. Tapi sebaliknya berlaku.
Mungkin sudah bosan dengan pasangan masing-masing dek terlalu lama bercinta sebelum kahwin sehinggakan tiada apa yang hendak dibualkan.
“Yang, rumah kita dah 2 bulan tak bayar ni” mula si suami untuk berbincang.
“Kejap ye bang, saya ada hal sikit nk buat kat dapur” balas si isteri
Suami membisu.
“Bang, semalam ayah ada call dia tanya bila kita nak balik kampung” Tanya isteri
“Kejap ye sayang, abang sibuk ni, ada kerja yang perlu diselesaikan” jawab suami dengan nada yang baik.
Namun, jika setiap kali si isteri ingin memulakan perbincangan tetapi si suami masih beralasan, sibuk la, ada hal itu la, ada hal ini la, maka berlakulah komunikasi yang pasif. Si isteri akan pendam perasaan.
“Tak payah cakap la ngan laki aku nie” benak isteri dalam hati. Keadaan yang berterusan akan membuat rumah tangga berantakan.
Memang terlalu banyak kes macam ini yang saya dengar. Pasangan yang bertunang pun tidak berkecuali. Bila rasa diri tidak dihargai, maka mula la untuk menjauhkan diri.
Saya menarik nafas panjang
HUH
September 29, 2009TAK UPDATE
MALAS
LANTAKLAA
TITIK
Duit Raya 3
September 15, 2009
Semalam pagi-pagi lagi saya punch kad, bergegas ke pejabat mengisi borang keluar untuk urusan peribadi. Nak servis kereta. Selesai mengisi borang, singgah sekejap di cimb untuk keluar duit.
Proton edar Mergong. Tujuan untuk buat major servis. Terasa cepat sangat dah kena buat major servis. Mana taknya duk asyik travel pegi sana sini.
Nasib memang baik, awal pagi saya sampai hanya beberapa orang sahaja pelanggan yang ada. Menekan nombor giliran dan tunggu.
Sekejap sahaja giliran saya untuk ke kaunter pendaftaran servis.
” Berapa milage kereta abang?” Tanya pekerja
” 21000 plus plus” Balas saya
” Kena buat major servis ni” kata perkerja itu lagi
“Berapa harga?” Tanya saya
“Jap ye, 4**.50″ Jawab pekerja tu.
Jiwa sudah kacau, nasib baik keluar duit banyak sikit tadi. Saya menunggu di ruang rehat. Tiba-tiba ada call masuk dari pengarah.
“U pi KL esok, kat kompleks kerja raya, ada meeting ngan JKR pasal projek naik taraf tu”
“Hmmm..baiklah”
“U pi ngan flight la, duit claim dah abis”
Kena ke KL lg, saya kalau boleh cuba elak dari keluar pejabat. Tak da modal nak travel. Semua pakai duit, lebih-lebih lagi dah nak dekat raya lani. Dah la sekarang ni mood balik kampung! Aduh memang jiwa kacau. Kenapa harus ada meeting time2 gini?
Duit Raya Saya Hangus!!!
Bonus
September 12, 2009Pengumunan yang baik dari kerajaan. Staf kerajaan kumpulan sokongan dapat ‘bonus raya’. Bonus ini diumum selepas pengumuman yang terhangat di pasaran; harga petrol naik.
Tapi kenapa kumpulan Pengurusan dan Profesional tak dapat??
Aduyaiii!!!
Dah la claim sudah 3 bulan tak masuk.
Kerajaan nak ‘tarbiah’ penjawat awam PnP rupanya. Nak raya jangan boros, bila dapat bonus golongan PnP ni boros. Nak beli itu, nak beli ini. Kalau ada urusan rasmi, guna lah kereta sendiri, tuang minyak bayar tol pun guna lah duit sendiri, anggaplah itu sebagai suatu kebajikan kepada kerajaan dan rakyat.
Masih ramai lagi rakyat yang perlu di’anak emas’kan. Banyak duit kena guna. Jadi ini adalah tarbiah untuk saya

Duit Raya 2
September 9, 2009Hari ini 09 September 09 @ 09-09-09. Ntah apa yang istimewa pun saya tak tahu. Ramai yang terlalu obses terhadap angka. Ada yang kata ada ‘ong’ dan macam-macam lagi tafsiran individu.
Yang lebih obses, ada dikalangan kawan-kawan yang menghitung detik pukul 09 pagi 09 minit dan 09 saat pada hari ini. Kalau ada kawan-kawan boleh jelaskan pada saya apa istimewa angka ini boleh kongsi dengan saya.
Sehingga ada yang bercadang untuk duit raya tahun ini adalah RM 9!
Ntahlah saya pun tak faham.
Duit raya penuh kontroversi. Menjadi amalan masyarakat kita menyumbang duit raya. Ramai yang mempertikaikannya dan ramai yang menyokong.
Duit raya adalah sedekah. Amalan yang sepatutnya dilakukan pada bulan Ramadhan. Pahalanya berlipat kali ganda berbanding dibuat pada bulan Syawal.
Pemberi duit raya harus sedar hakikat itu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Aku banyak duit!
Lebih ralat lagi bila pemberi duit raya tidak pernah bersedekah pada bulan Ramadhan. Lagi parah, zarat fitrah pun tidak dilakukan! Tetapi kuota untuk duit raya berguni-guni.
Bagi sesetengah orang jugak duit raya juga tak ubah sebagai ‘duit raya rasuah’. Na’uzubillah! Apa tak nnya, duit raya adalah modal untuk mendapat projek.
Kesannya juga terpalit pada kanak-kanak. Tiap2 kali raya, inilah sogokan yang paling baik. Mendidik kanak-kanak mencintai duit dan materialistik.
“Ayah, adik dapat RM10 kat rumah Pak Cik Ahmad, tapi dapat RM 1 je kat rumah Pak Usop!” Cakap si anak.
“Memang Pak Usop tu kedekut, taik idung masin!” Balas si Ayah.
Hemat saya, dalam mendidik kanak-kanak dalam konteks duit raya adalah tanggung jawab semua pihak. Pemberi, ayah ibu, abang, adik, sedara mara harus insaf dan sedar akan tanggungjawab ini.
“Duit ini adik simpan elok2 ya, apa yang penting? Kerjasama..eh tak, SYUKUR!” Seru si pemberi. Adalah lebih wajar.
Kesimpulannya, pandangan saya yang agak serius di atas agar kawan-kawan saya yang dah tua-tua bangka tak payah la duk mintak2 duit raya. Hampa semua dah dapat dah masa kecik dulu. Hahaaaa.
P/s: Ada orang tanya saya.
Yang bertanya : Bro, yang mana lebih baik RON97 ke RON95?
Saya : RONa RONi makaRONi !