Kisah Sebulan Lalu

Julai 5, 2010

Melalui tempoh sebulan dengan dunia baru.

1. Sebulan yang lalu saya selamat diijab kabul dengan isteri tercinta.

2. Sebulan yang lalu bertambah tanggungjawab saya.

3. Sebulan yang lalu saya mula berkawan rapat dengan kalendar di atas meja pejabat.

4. Sebulan yang lalu saya bersyukur pada Allah atas kurniaan ini dengan kesyukuran untuk selamanya.

Belajar Menghormati Orang Lain

April 24, 2010

“Cik Azrul umur brp?” Tanya Kak Long, tokeh warung air di hadapan ikbn.

“25..err 26, lahir akhir tahun” balas saya.

“Mudanya, tak takut kena buli ke?” tanya Kak Long lagi

“rasa-rasa kak long ni, saya ni macam kena buli ke?”

“kita hormat orang lain, orang lain akan hormat kita” tambah saya lagi

Hari ni, saya bersama beberapa pegawai menjemput KSU dan beberapa pegawai kanan kementerian di airport Sultan Abdul Halim kepala batas.

Walaupun mereka pegawai kanan, namun mereka amat menghormati kami. Itu yang saya belajar.

Hujan Petang Di Skudai

Mac 15, 2010

Rasanya sudah dua hari berturut-turut bumi UTM skudai dibasahi dengan curahan hujan waktu petang.

Alhamdulillah rahmat Allah kepada hamba-hambaNya.

Mendengar khabar gembira dari negeri serambi Mekah, hujan juga membasahi bumi Kelantan tatkala rakyatnya sedang mengerja Solat Istisqa’ yang diimam oleh ketua kerajaan sendiri, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz.

Saya menghabiskan tempoh cuti seminggu untuk berada di Makmal Pengeluaran untuk menjalankan rutin sebagai pelajar. Alhamdulillah, 1 daripada 4 paper saya telah diterima di dalam Journal of Advanced Manufacturing Technology. Syukur sangat-sangat. Bukan mudah untuk publish paper dalam jurnal.

InshaAllah bila selesai urusan di sini, saya akan ke Terengganu selama 2 hari atas beberapa urusan. Dan akan kembali ke Kedah tanpa sempat singgah di kampung. Agak pening juga untuk mencuri masa untuk balik kampung. Tadi SMS dari staf saya, beliau memberitahu yang saya perlu mengikuti kursus selama 2 minggu di CIAST bermula 5hb – 16hb April ni.

Bila banyak urusan yang tertangguh, rasa macam stress juga. Semoga dengan hujan petang sebagai rahmat ini, segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah.

Makmal Pengeluaran

15 Mac 2010

Hujan Petang Di Kuala Lumpur

Mac 1, 2010

Hari ke 2 di Villa Ampang

Semalam tiba di KL waktu petang. Sedang menunggu Alot menjemput di Puduraya, hujan turun dengan lebat.

Hari ini, bila waktu petang, hujan menyimbah bumi skali lagi.

Menikmati secangkir nescafe terasa nikmatnya. Melihat gelagat warga kota di waktu hujan, seolah aktiviti terhenti seketika, hanya menikmati juadah petang di gerai mamak.

Malam ini pulang ke Jitra. Suasana Kedah yang jarang sekali hujan menghangatkan bumi.

Ada orang kata;” Kedah panas sebab di sana ada Gurun!”

Ingin menikmati suasana malam di atas bas pulang ke Jitra.

Photo Of The Day

Januari 14, 2010

Motivasi

Januari 7, 2010

Memo dari Ketua Bahagian HEP: Jemputan sebagai penceramah motivasi

Minggu yang sangat sibuk. Urusan bahagian kemahiran pun berlambak, ada due date pulak tu. Tiba-tiba ada memo minta bagi slot motivasi.

Tak pernah-pernah jadi motivator. Dah la dalam minggu2 yang saya sendiri yang tiada motivasi. Hampir setiap hari dalam minggu ini saya tak sempat makan tengahari. Cuma beralas kuih semasa meting, tak pun goreng pisang Kak Maz bawa setiap petang. Tq Kak Maz.

Malam semalam buat persiapan untuk jd motivator. Pagi tadi slot saya. Walaupun saya diri sendiri sedang tiada motivasi, saya kembali bermotivasi selepas bersama pelajar dalam sesi motivasi saya. Tajuknya; Percaya Untuk Berjaya!

Esok ada kelas ganti! Pengisian di hujung minggu.

Urus Wang

Januari 2, 2010

Mengurus kewangan bermula tahun baru?

Orang kata, bila-bila pun boleh bermula. Janji kena berdisiplin. Betul ke?

Saya tak kisah, cuma bagi saya tahun baru boleh dijadikan titik tolak semua perkara; terutamanya pengurusan kewangan untuk tempoh setahun.

Ramai kawan-kawan saya yang baru sahaja graduat dan mendapat kerja bertanya:

Kawan: Mu paka keto gapo?

Saya: Persona SE

Kawan: Berapo bulan2?

Saya: RM6**.**

Itu perkara pertama apabila mula bekerja. Beli kereta baru. Saya cuba memberi pandangan dalam hal beli kereta.

Nak beli kereta, jangan fikir bayaran bulanan semata-mata, tapi perlu fikir downpayment, servis rutin dan juga bayaran insuran dan cukai jalan. Kalaulah bayaran bulanan kereta RM700, kita harus jangka bahawa wang bulanan yang perlu kita sediakan adalah RM 900 – RM1000. Saya beri contoh, dalam tempoh setahun anda perlu servis minor biasanya 5 kali (RM200 x 5 = 1000) dan servis major 1 kali (RM 450). Cukup setahun anda perlu memperbaharui insuran dan cukai jalan (RM1500). Kereta takkan bergerak jika tidak diisi minyak!. Ini tidak ambil kira aksesori kereta lagi. Jadi fikir-fikir lah. Yang penting beli kereta ikut keperluan, bukan kemahuan.

Bila anda bekerja, anda perlukan rumah sewa. Lalu perlu membayar bil-bil tertentu; asasnya bil air dan elektrik. Gaya hidup semasa memerlukan anda menggunakan astro dan broadband.

Makan dan pakai anda juga perlu diambil kira. Jadi keperluan kehidupan seharian memerlukan perbelanjaan yang maha tinggi. Oleh itu pengurusan kewangan adalah perlu bagi saya!

Rancang kewangan. Saya perlu menyenaraikan tarikh-tarikh penting yang perlu kita mengeluarkan duit dalam kuantiti yang banyak. Contohnya; tarikh memperbaharui insuran kereta, tarikh bermula ramadhan, tarikh hari raya aidilfitri dan aidiladha, tarikh melancong dan lain-lain lagi.

Anda individu muslim? Anda perlu menyediakan bajet untuk menginfak bagi program-program Islam!

Jika anda mendaftar untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, gilirin anda ke tanah suci adalah 20 tahun lagi! Ini juga memerlukan perancangan yang rapi.

Rumah! Anda perlu memikirkan bagaimana untuk memiliki rumah dan aset-aset lain. Jika orang dulu-dulu, mereka boleh mewasiatkan harta (tanah) kepada anak-anak mereka. Bagaimana dengan kita? Tiada tanah untuk anak-anak!

Perkongsian ini sempena tahun baru agar kita sama-sama merancang kewangan kita. Namun yang penting adalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika anda tidak bersyukur, gaji permulaan anda RM3000 pun tidak mencukupi.

Entri ini adalah sesuai untuk yang masih bujang. Kerana saya tidak menceritakan bajet untuk anak-anak. Namun bagi orang bujang, bajet kahwin perlu ada!

Nak bergaya? Ada duit ker?

2009-2010

Disember 30, 2009

Tahun 2009 banyak memberi pengalaman baru. Banyak perkara baru dipelajari. Namun begitu, sebelum menjejak ke tahun baru 2010, alangkah baiknya memuhasabah diri dan pencapaian pada tahun ini; 2009.

Kadang-kadang saya hanya memikirkan ‘masa depan’ saya yang berbentuk materialistik. Kerjaya, memiliki kereta, rumah, aset-aset untuk diri. Dan saya bersyukur, hingga saat ini kerjaya yang semakin berkembang. Namun, sering terlupa bahawa diri ini adalah hamba. Punya pencipta; Al-Khaliq.

Azam untuk selalu solat berjemaah di masjid, perbanyakkan bacaan Al-Quran dan perbanyakkan amalan sunat. Kadang-kadang perkara ini tidak konsisten. Saya menjadi mudah alpa, mudah malas, tidak berdisiplin.

Di tempat kerja pun sudah mula beremosi. Cepat melenting. Lalu saya sering @ terus bertanyakan rakan sekerja.

Saya : Saya cepat marah ke?

Rakan : Eh, tak lah, cuma sebelum ni en. azrul tak pernah tinggikan suara.

Saya bermuhasabah.

Tahun depan banyak perkara yang ingin saya capai. Kalau dalam kerjaya, menambahkan jaringan perkenalan adalah penting. Segala urusan hendaklah dilaksanakan dengan mesra.

Nanti lah sambung. Esok ada outstation di Penang. Siapa nak jeruk? Sila angkat keyboard!

Coretan Seminggu

Disember 13, 2009

Markah untuk SKT staf masih belum siap. Alih-alih mengadap blog dengan mencoret sesuatu.

3/12/09

“Ni surat penempatan bos baru en. Azrul” Beritahu KakNor, kerani di opis.

“Iye ke? Alhamdulillah” Sahut saya.

“Suka sangat la tu” Balas KakNor

Bos baru a.k.a Ketua Bahagian Kemahiran(KBK) gred J44 akan lapor diri. Rasa bersyukur sangat kerana sudah setahun lebih saya menanggung kerja sebagai KBK. Fikiran saya hanya 1, dapat lah saya siapkan tesis master saya yang telah lama tertangguh. Namun, jarak kedah-jb amat membataskan saya.

Saya perlu lakukan sesuatu. Saya hanya mempunyai baki 3 sem sahaja lagi untuk siapkan. Kalau tidak, bungkus master saya!

5/12/09

Pn. Rohaya, Peg. Lat. Vokasional J44 melapor diri. Usai berjumpa dengan pengarah, dia datang berjumpa dengan saya. Melihatnya sedang sarat mengandung.

“Ini en.azrul?” Tanya beliau. “Ya” balas saya ringkas.

KBK: Macamni, saya minta tangguh 2 minggu, nanti 21hb saya akan mula bertugas

Saya: Oh yeke. Errr. Maaf tanya, puan mengandung berapa bulan

KBK: 8 bulan

 

Saya berbual panjang dengan beliau. Bercerita tentang situasi di sini. Bla..bla..bla..

Sebenarnya dihujung minggu saya telah kemaskan barang-barang saya di dalam bilik, kerana bilik ini akan digunakan oleh KBK baru. Nota serah tugas pun dah siap. Hahahahaa. Tak sabar dah. Namun, dengan kondisi puan KBK yang sarat mengandung saya berfikir panjang.

“Sekarang 8 bulan, lepas tu minta tangguh 2 minggu. Maknanya beliau akan masuk opis 2 minggu, pastu bersalin. Adoyaiii!!!”

Saya kena tanggung kerja lagi la ni.

 

Saya perlu buat sesuatu. Borang mohon pertukaran yang sudah sebulan di dalam laci saya amati kembali.

Nekad. Hantar borang pertukaran.

10/12/09

Saya berjumpa pengarah. Menyerahkan borang.

“Eh apa ni?” Tanya pengarah

“Mohon bertukar bos” Balas saya ringkas.

“Hmmm.. nk saya bagi jawapan segera ke?”

“Tak kisah, tapi kalau bos sokong, kalau boleh tak perlu lah ada pengganti”

“Eh, mana boleh, nak tukar kena ada orang ganti kamu”

“Kan J44 dah datang”

“Yelah, tapi dia tengah mengandung tu, sape yang urus nanti”

“Ok bos”

 

Dah agak dah..

lain kali aku ghoyat lagi

SKT oh SKT

Disember 2, 2009

Borang Sasaran Kerja Tahunan.

Satu bakul atas meja saya. Kene nilai prestasi kerja pegawai bawah seliaan saya.

Saya rasa ini cabaran yang besar. Selaku Pegawai Penilai Pertama saya rasa penilaian harus adil.

Moga di lapangkan dada!


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.