Masa Oh Masa!

 

“Aku nak gi Pulai Perhentian 30hb ni, ada family day”

  

Tiba-tiba Jepa mencelah dalam kerancakan kami berborak di dalam kereta. Saya baru sahaja menjemput Jepa di Sri Putri yang baru tiba dari KL bagi menghadiri program kesatuan sekerja sempena 1 Mei 2008. Pukul 4 pagi tadi dia ke KL. Balik hari.

  

“Best lah mung buleh gi pulau”

“Gi 30hb, 31hb balik doh” Jepa menambah.  

 

Dalam fikiran saya ketika itu hanya 1. Cuti sekolah ni saya nak balik kampung. Kadang-kadang terfikir, bagus juga saya teruskan pengajian di peringkat sarjana selepas menamatkan first degree. Sekurang-kurangnya kehidupan aku masih lagi lagak seorang student. Boleh la saya ’cilok’ untuk balik kampung cuti sekolah ni.  

 

”Best lah mung tengok bola malam tadi. 3-2. Banyak molek buleh score” Sepa mencelah lagi. Dia peminat Chelsea.  

 

”Yo lah Jepa” Jawab aku. Masih sedíh dengan kekalahan Liverpool malam tadi.  

“Let the game speaks by itselft” Saya mendengus panjang.

 

 

Merancang waktu  

 

Apa yang boleh saya lakukan dalam tempoh seminggu di kampung halaman. Dalam inbox emel sudah banyak announcement tentang program-program semasa cuti sekolah yang memerlukan penglibatan saya. Tak kira lagi jemputan kenduri kahwin teman-teman. Dan seingat saya, 31hb Mei terdapat 3 jemputan kenduri. Wah!!! Ramai bangat yang nak kahwin ni. 

 

Terfikir juga, cuti ni saya nak luangkan masa kat rumah je. Tak nak kemana-mana. Tapi selalunya tidak seperti yang dirancang. Ada saje aktiviti luar yang perlu dibuat. Seolah-olah orang lain yang merancang aktiviti untuk saya masa cuti.  

 

Tapi bila kita beraktiviti, tubuh kita akan sihat, akal akan berfikir. Jika tidak, kehidupan akan berlalu dengan berangan kosong semata. Islam menyaran pelbagai cara untuk mengelak diri dari tabiat kuat berangan iaitu dengan sentiasa membaca surah Al-Asr yang bermaksud:  

 

”Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh”  

 

Dan hendaklah sentiasa ingat pesanan Nabi s.a.w. yang bermaksud:  

 

”Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Mudamu sebelum tuamu. Sihatmu sebelum sakitmu. Beradamu sebelum miskinmu. Lapangmu sebelum sibukmu. Hidupmu sebelum matimu”  

 

 

Rindu pada rumah  

 

 

Dua minggu lepas saya sudah pulang ke rumah. Cuma hujung minggu. Tetapi terisi dengan program luar. Sekejap saja terasa berada di rumah. Tambahan pula, ahli-ahli rumah kami tak pernah cukup korum untuk bersama. Helmi di Gua Musang. Kak Ngah merantau jauh di Alexanderia, Mesir. Jika saya terasa kekosongan ini, saya tak boleh bayangkan macam mana perasaan Ma dan Ayah bila 3 orang anak mereka merantau jauh. Terasa kosong.  

 

Untuk cuti sekolah yang akan datang, terasa sangat untuk belanja satu keluarga makan di sebuah restoran di Tok Bali. Cuma tanpa Kak Ngah. Kualitikan masa bersama keluarga.  

 

”Rumahku Syurgaku”  

 

 

Bila diasak dengan aktiviti dan selingan nasihat dari hadis Rasulullah tentang waktu, teringat seorang teman yang menginfakkan diri di jalan Allah.  

Al-Fatihah untuk arwah sahabatku, Khairul Azri b Mohd Annuar a.k.a Mat Yie yang kembali ke RahmatuLlah pada 26 Jun 2006, sekitar jam 3.30am.  

Mat Yie (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006)… pemergianmu ditangisi begitu ramai manusia. Dalam usia yang begitu muda, kau telahpun menunjukkan jalan untuk diikuti.  

Sudah hampir 2 tahun. Cepatnya masa berlalu…  

Masa Oh Masa!  

  

Satu Respons to “Masa Oh Masa!”

  1. zs Says:

    teringat fasi ‘menegur’ masa slot disiplin-tak dpt buat semua,jgn tinggalkan semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: