Repost: Hari-hari yang berlalu

1 Mei 2008..

Hari ni cuti lg, dah dekat sebulan aku tak run eksperimen untuk pengajian sarjana aku, dek masalah mesin CNC yang selalu ‘demam’. Bila dah ‘stuck’ macam ni, hari-hari akan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti2 kajian. Jadual ekperimen akan tertunda lagi, patut pun sebelum ini, Pak Amrifan, bekas pelajar PhD yang melakukan kajian sama dengan aku ‘hampir gila’ disebabkan mesin CNC yang selalu buat hal.

Tanpa sebarang ekperimen yang boleh dilakukan..tugasku lebih kepada menyiapkan kertas kerja yang disuruh penyelia aku untuk dibentangkan dalam conference di China. Abstrak dah submit minggu lepas, tapi full paper masih belum siap..

Aduhh…

Teringat pertama kali menulis paper untuk conference, banyak correction terpaksa dibuat dek bahasa inggerisku yang kurang memuaskan. Hari conference, bila tiba giliran aku untuk present, memang berdebar. Baca selawat. Doa penenang hati. Masakan tidak, dihadapanku ada 3 orang Profesor dan 2 Prof. Madya yang akan menilai hasil kajianku…

Presentation selesai…

Usai minum petang selepas sesi pembentanganku. Satu SMS masuk ke dalam inbox hanset.

“Good work dan saya percaya satu pengalaman yang bernilai bagi kamu

Sender: Prof. Dr. Safian    Sent: 26-Jan-2008 16:56:22

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Aku simpan SMS dari penyeliaku, untuk dijadikan semangat. Hari ini aku membaca kembali SMS itu…

Petang ni aku harus teruskan dengan penulisan kajianku, “Performance Evaluation Of Palm Oil As Cutting Lubricant In End Milling Hardened Stainless Steel”

Lupakan hari-hari yang berlalu. Teruskan usaha. Tekadkan semangat.

Terlalu ramai yang mengharap kejayaanku. Dengan dorongan. Dengan semangat.

“You’ll Never Walk Alone”

Takziah untuk fans Liverpool atas kekalahan di tangan Chelsea malam tadi…Tahun depan usaha lagi.

 

3 Respons to “Repost: Hari-hari yang berlalu”

  1. fitrah-hanan Says:

    Baguslah.. satu peningkatan, telah berlaku satu anjakan. dah ada blog ni rajin2lah update ye. teruskan berjuang di alam maya.

  2. hiten mitsurugi Says:

    Liverpool will always be champ in my heart.. Gambatte utk master..

  3. muhammadridwanto Says:

    salam,
    Lain macam aja bunyi nya..
    Tahniah lah, teruskan usaha , jangan mudah putus asa. Hidup ini mesti diteruskan walaupun, kiamat sudah berlaku….Itu prinsip..Muga Allah rahmati mu Jerul…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: