Pulut Ikan Kering:nyum..nyum..

Lama betul tak makan pulut ikan kering. Pagi ni saya bersarapan dengan housemate kat gerai Kak Ani (org kelantan). Kalau dulu selalu makan pulut ikan kering kat rumah. Kali terakhir dapat merasa pulut ni hampir dua bulan yang lepas, semasa persiapan kenduri kahwin abang kat kg. Kebiasaan bila bersama-sama melapah daging lembu untuk kenduri, kami akan dihidangkan dengan pulut ikan kering dengan teh o panas..

Resipinya mudah:

Masak pulut macam masak nasi, tp kurangkan air nanti lembik. Letakkan kelapa parut yang digaul dengan garam. Lepas tu ikan kering digoreng. Siap untuk dihidangkan.

Pulut tanpa ikan kering ——-> TAWAR

Ikan kering tanpa pulut ——-> MASIN

Tetapi bila masak pulut lebih air, mesti lembik. Teknik mengharmonikan hidangan pulut ikan kering itulah dinamakan SENI.

Seni Pulut Dalam Politik

“Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah,”

Begitulah kata-kata Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mat Sabu.

Untuk mengekalkan kemenangan itu amatlah susah. Mengharmonikan ikatan di bawah Pakatan Rakyat memerlukan seni kepimpinan yang baik. Hal ini juga pernah dilontarkan oleh Saifulislam.com 

Apa pun, kefahaman dan persepsi ahli-ahli perlu ditingkatkan bagi mengharmonikan lagi pakatan ini seindah pulut ikan kering.

“Terimo kasih Khalil, sbb belanja aku makan pulut ikan kering hari ni”

 

 

2 Respons to “Pulut Ikan Kering:nyum..nyum..”

  1. IK Says:

    betul pandangan mat sabu tue. nak bergaduh senang je tapi nak berbaik, ,masing2 pertahan ego

  2. Shinobi D. Awan Says:

    silat pulut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: