Menyemai Minat Bertani

Krisis makanan dunia memberi impak yang besar kepada masyarakat kita di Malaysia. Harga beras melambung tinggi. Memang mahal!. Sewaktu pulang ke kampong, saya diberitahu mak saya tentang harga beras yang naik secara mendadak. Menjejaskan kehidupan kami sekeluarga.

 

“Beras siam naik doh, mahal terlajak (baca:sangat)” keluh mak saya. Kami di Kelantan biasa makan dengan beras siam, kerana kualitinya yang agak baik. Walaupun Kelantan bukan penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara, tetapi sawah yang ada cukup banyak. Kami pun masih lagi mengerjakan sawah di belakang rumah yang hanya sekangkang kera.

 

 

Kelihatan sawah padi kami

 

 

”Kali ni, susah doh oghe kapong nak bulih subsidi” Celah ayah saya. Dia yang juga bekerja di Pertubuhan Peladang Kawasan Repek Telong sudah biasa attach dengan petani untuk berurusan hal-hal berkaitan dengan urusan penanaman padi.

 

”Bakpo?” saya bertanya.

 

”Dulu, nak dapat subsidi tak payah amik sign tok ngulu (Pegawai Pembangunan Mukim lantikan Kerajaan Persekutuan), tapi hari tu, UMNO bahagian mesyuarat, nak dapat subsidi kena amik sign tok ngulu” Jawab ayah.

 

”Takkan kaloh PRU, rakyat pulak jadi susoh”

 

Inilah dilema si petani apabila ingin mengerjakan sawah. Tetapi dihalang dengan juak-juak politik. Hanya orang yang ’biru’ sahaja akan dapat tanda tangan penghulu lantikan Kerajaan Persekutuan ini. Tapi berdasarkan pemerhatian saya, bukan penanam padi je yang menerima nasib begini, tetapi generasi kedua felda juga menerima nasib yang sama akibat diskriminasi politik sebagaimana yang diperjuangkan oleh Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK).

 

Minat Bertani

 

”Saya nak tya, yang mana nak pilih, asasi pertanian di UPM ke Matrikulasi KPM”, tanya seorang junior sekolah lepasan SPM dalam email group. Ramai jugak yang respon, terutama senior yang telah tamat belajar dan sudah bekerja. Yang dapat saya rumuskan bagaimana memilih tempat untuk belajar ialah ’minat’. Minat untuk mempelajari sesuatu adalah amat penting. Dengan minat timbulnya usaha. Dengan usaha InsyaAllah akan berjaya.

 

Tapi rata-rata yang mengerjakan sawah tu pak cik-pak cik yang dah berusia. Tak ramai anak muda yang berminat mengerjakan sawah, lebih-lebih lagi mahasiswa lepasan universiti. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, penanaman padi moden sekarang ini memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi terutama dari aspek teknikal penanaman padi. Teknik dan penjadualan penanaman padi teramat penting bagi memastikan hasil padi yang dituai memberangsangkan.

 

Pihak Pertubuhan Peladang Kawasan telah pun menyediakan pelbagai jenis baja, racun rumpai, peralatan dan sebagainya untuk kemudahan bertani. Mereka juga tanpa lokek memberi khidmat nasihat kepada petani. Tetapi, biasanya petani ’konvensional’ sukar untuk menerima khidmat nasihat. Mereka lebih selesa mengerjakan sawah melalui kaedah lama. Hasilnya, pengeluaran padi tidaklah seberapa berbanding mereka yang mengguna kaedah yang betul. Sebab itu saya menyebut bahawa ilmu dalam bidang pertanian ini amat penting.

 

 

 

Walaupun langkah segera sedang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan beras negara, namun, untuk jangka masa yang lebih panjang memerlukan sumbangan generasi muda negara. Minat harus dipupuk semenjak dari kecil.

 

Tetapi, alangkah kecewanya apabila minat sudah ada, tetapi dibantut oleh juak-juak politik yang mengganas.  Jangan pertaruhkan ’makanan’ demi agenda politik kamu!

4 Respons to “Menyemai Minat Bertani”

  1. muhammadridwanto Says:

    kU BAlik bertani aja

  2. muhammadridwanto Says:

    kau balik bertani aja…

  3. fizahh Says:

    ohoo…mari bertani!!!

  4. Beras Lagi « Azrul’s Site Says:

    […] bagi saya, seperti di dalam entri sebelum ini, subsidi kerajaan adalah untuk rakyat, tanpa mengira parti politik. Bukan untuk mereka yang berwajah […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: