Dik Cergas

Hari ni pagi-pagi lagi saya bersama Ed dan Abg Man ke Pasti Arrahman (2), Skudai baru. Agak kalut sebab kami dah terlewat. Sarapan pun dalam kereta. Tujuan ke sana ialah untuk melatih adik-adik Pasti bermain bola sepak sempena kejohanan sukan Pasti Negeri Johor hujung bulan ini.

“Boleh main ke adik-adik ni Ed?” Saya bertanya.

“Boleh kot, ajar aje!” Balas Ed.

Sampai di sana kami terus ke gelanggang untuk mulakan sesi latihan. 9 orang pelajar lelaki. Semuanya ‘dik cergas’. Tugas kami, ajar si adik cergas ni main bola sepak. Mak oii! Memang mereka terlalu aktif, susah kami nak kawal. Tapi mereka seronok bermain bola. Kami sedar, zaman kanak-kanak lah zaman yang paling menyeronokkan.

Melihat wajah mereka, wujud sinar harapan untuk generasi muda Islam. Ini kali ke 2 saya bersama adik-adik Pasti, sebelum ini bersama mereka semasa majlis graduasi Pasti Kawasan Gelang Patah. Semuanya ceria, seolah-olah hidup tanpa sebarang masalah.

Adik-adik Pasti menunggu giliran untuk menerima sijil

Tokoh ilmuan Islam yang tersohor, Imam Al-Ghazali pernah menegaskan:

“Masa depan sesuatu umat adalah berdasarkan kepada generasi muda masyarakat tersebut”

Adik-adik harapan agama, harapan negara, harapan masyarakat. Tugas kita mendidik mereka agar mereka kenal dan mencintai agama mereka.

“Cuma adik jangan nakal-nakal!”

“Ed, Juara bola sepak tahun ni milik Pasti Arrahman (2)!”

 

 

 

 

Satu Respons to “Dik Cergas”

  1. muhammadridwanto Says:

    Salam,
    Betul, zaman kanak2 amat manis namun zaman sekarang tidak kurang hebatnya. Ujian dan cabaran yang dihadapi membuatkan kita menyedari betapa Allah amat menyayangi kita..
    Seronok, menghadapi hari yang mendatang ….
    Senyumlah wahai teman , langit yang mendung tak akan selalu, pasti ada cahaya mentari yang datang ….
    Teruskan perjuangan, jangan mudah putus asa…
    segalanya sudah tersurat di azali..Kita meneruskan apa yang telah tertulis…
    Ingat wahai teman,
    Allah sentiasa bersama kita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: