Perjuangan Piala Thomas 2008

          Satu-satunya permainan yang amat mendebarkan apabila saya ikuti ialah badminton. Terasa nak tercabut jantung. Memang mendebarkan. Dan tahun 2008 menyaksikan lagi pentas Piala Thomas di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Arena yang menjadi keramat buat negara jiran Indonesia untuk merampas takhta gelaran JUARA Piala Thomas milik negara China sejak dua edisi lepas.

          Malaysia juga yang turun sebagai pasukan pilihan pada tahun ini mungkin akan menghadapi laluan sukar jika layak ke separuh akhir. Berhadapan dengan China, juara bertahan. Dengan corak permainan pemain-pemain Malaysia yang agak kurang konsisten awal tahun ini kadang-kadang boleh menggambarkan keresahan kami penyokong kem Malaysia.

          Namun keresahan terubat sedikit dengan penampilan skuad Malaysia di peringkat kumpulan. Menang 5-0 ke atas England dan 4-1 ke atas Korea Selatan. Tetapi format kejohanan kali ini menimbul reaksi kurang senang saya. Dek mahu pasukan dari benua lain bermain lebih perlawanan, maka diaadakan perlawanan play-off. Maka, korea mula bermain ‘nakal’. Bermain untuk kalah di peringkat kumpulan. Kalah pun takpe, sebab masih ada play-off. Maka semangat bersukan dimatikan sementara untuk menyempurnakan misi Piala Thomas, mengelak dari bertemu China dan Indonesia di peringkat suku akhir. Lebih rela berhadapan Denmark mungkin pada perkiraan mereka tiada ‘istimewa’ untuk edisi kali ini. Indonesia istimewa dengan ‘Gelora Bung Karno nya’ dan China dengan gelaran ‘Juara Bertahan’ nya patut dielakkan di peringkat awal lagi.

Keputusan Terkini

        Tapi peperangan itu tipu daya, pasukan yang berstrategi akan menandingi pasukan yang tiada strategi. Rekod kejohanan mencatatkan, kali terakhir kita menikmati kehangatan Piala Thomas pada tahun 1992, hampir 16 tahun lepas. Satu harapan baru dari rakyat Malaysia untuk pasukan negara. Semoga piala yang berprestij itu dapat dibawa pulang ke Malaysia tahun 2008. Semoga 16 Mei tahun ini penentu segalanya. Tahun 2008: Masa Untuk Berubah.

4 Respons to “Perjuangan Piala Thomas 2008”

  1. muhammadridwanto Says:

    Aku harap Malaysia dapat merampas Piala Thomas ini. Walaupun, Thomas ini kafir tapi dia dah lama mati …

  2. mahisyam3 Says:

    Aku warganegara yang patriotik

  3. RIDWANTO UTM Says:

    Macam mana ni ?
    Lawan Malaysia adalah CHINA??
    Ada peluang untuk menang???

  4. mahisyam3 Says:

    Malaysia pernah menang dengan china masa semifinal di guangzhou tahun 2002. Tak mustahil boleh menang, man jadda wajada

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: