Untuk Che’gu

Sudah 6 tahun saya meninggalkan bangku persekolahan. Selepas mendapat keputusan SPM, rezeki saya berada di selatan tanah air. Untuk menimba lagi ilmu dan pengalaman hidup. Pengalaman yang mematangkan saya. Namun sejarah yang mencorakkan saya. Kehidupan dahulu jika disingkap amat manis. Kehidupan bersama-sama guru-guru dan kawan-kawan. Ya Allah! Memang manis.

Masih saya ingat kata-kata cikgu Fatimah semasa saya berada di kelas 3 Kuning, Sekolah Kebangsaan Jelawat. Beliau yang juga cikgu kelas saya mengajar subjek Bahasa Melayu. Namun ketika itu, saya masih tidak mengerti apa-apa. Masih berseronok dengan rakan seusia. Buat bising dalam kelas, dan macam-macam lagi karenah kami. Terima kasih cikgu.

 

Bila darjah 6, cikgu Sabariah pula yang banyak bagi galakan. Yelah, beliau juga cikgu kelas saya, kelas 6 Biru. Kehidupan sekolah rendah yang tiada sebarang masalah. Sentiasa ceria. Terima kasih cikgu.

 

Namun, corak hidup saya banyak dibimbing ketika di sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah dari tahun 1997 hingga 2001. Namun sebelum ke SMKAF, saya sempat berada di Maahad Muhammadi Lelaki selama 2 minggu sahaja. Tetapi satu kata-kata ustaz Adli Hamdan masih lagi saya ingati.

 

”Pen ni ibarat tali, kalu kita tak nak kuda kita lari, kita kena tambat dengan tali. Kalau kita tak nak ilmu lari, kita kena ’tambat’ dengan tulisan”

 

Kata-kata yang amat bermakna. Terima kasih ustaz.

 

 

Lima tahun di SMKAF amat menyeronokkan. Di kelilingi dengan ustaz-ustaz yang amat berpengalaman dan tinggi nilai ilmunya. Bukan sahaja hal-hal akademik dijadikan tempat rujukan, hal-hal berkenaan kehidupan kami turut kongsi dengan cikgu-cikgu. Tanpa letih terus melayan karenah semua anak murid nya.

 

”Bangun! Bangun! Subuh! Subuh!”

 

” Piappp!” Rotan hinggap di betis pelajar asrama.

 

”Ana bukan bukan rotan kamu, ana rotan syaitan dalam diri kamu” Sambil terus melibas rotannya ke kaki pelajar.

 

Ini selalu akan terjadi pada hari Rabu. Waktu itu, Ust. Shukor sebagai warden bertugas yang juga sebagai penasihat Badan Bakwah Dan Rohani. Maka, tugas kami mengejutkan warga asrama agak meringankan. Terima kasih ustaz.

 

Dan banyak lagi kenangan bersama guru-guru yang pernah mengajar saya di bangku persekolahan. Tetapi bagi saya, semua insan yang pernah mengajar saya secara formal mahupun secara tidak formal adalah guru untuk saya. Tiada apa yang boleh saya balas kerana pengorbanan kalian semua tidak dapat di nilai dengan apa jua sekali pun.

 

Buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya:

 

Pasti An-Naim, Jelawat

Sekolah Kebangsaan Jelawat

Sek. Men. Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lelaki, KB

Sek. Men. Keb. Agama Falahiah, Pasir Pekan

 

Apa yang boleh saya ucapkan ialah TERIMA KASIH CIKGU.

 

SELAMAT HARI GURU

 

 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

 

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

 

 

Usman Awang

1979          

 

7 Respons to “Untuk Che’gu”

  1. ridwanto Says:

    Isteri aku seorang guru, merangkap seorang ustazah…

  2. fitrah-hanan Says:

    Cepatnya post entry terbaru. ana tak siap lagi topik ni. InsyaAllah ada kejutan.

  3. fransium Says:

    Menjadi cikgu (yang ikhlas, demi Allah) itu mulia, tapi kawe xmoh jd cikgu (buat mase nie lah)…. HUHU

  4. wahaza extra Says:

    ada jugak blog alumni SMKAF

  5. mahisyam3 Says:

    ni bukan blog rasmi alumni smkaf
    untuk ke blog rasmi http://alumnifalahiah.blogspot.com/
    syukran sudi datang ke blog saya

  6. Awan Says:

    Semua pelajar tingkatan 1 dan 2, sila tunggu di atas masjid selepas isya’

    (“ngisi” time!)

  7. mahisyam3 Says:

    maka semua pelajar f1 & f2 kalut nak siapkan buku tazkirah..

    hok mana siap beratur sebelah kanan..hok tok siap beratur alik kiri..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: