Catatan Hari Semalam

 

 

Saya menerima emel dari penyelia pada hari Rabu lepas meminta saya, Azdfar (Pegawai Penyelidik) dan Rival (pelajar PhD) bersama-sama bergotong royong di Makmal Pengeluaran pada pagi Jumaat. Maka, pagi Jumaat kami bersama staf Jabatan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri bergotong royong menceriakan makmal kami. Agak letih juga terutama bila memindahkan workpiece (bahan kajian iaitu besi yang pelbagai jenis) yang agak berat. Namun, sesuatu yang berat dan membebankan jika dilakukan bersama-sama, akan menjadi ringan dan menyeronokkan. Ini dikatakan hikmah kerja berpasukan!

 

Selesai kerja-kerja di Makmal, terus ke Masjid Taman Universiti yang berdekatan dengan rumah untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh pak imam tentang kawajipan memuliakan guru sempena Hari Guru 2008. Khutbat yang menarik untuk dihayati oleh generasi muda semacam saya. Cuma, kebimbangan saya terhadap generasi muda yang datang ke masjid pada hari jumaat tanpa peroleh manfaat semaksima mungkin. Segala isi khutbat ditinggalkan di tangga masjid sejurus pulang ke rumah setelah selesai mengerjakan solat. Ini mungkin hanya tanggapan saya, namun jika melihat situasi anak muda di sini, tanggapan saya hampir betul.

 

Usai solat Jumaat, saya dan housemates pulang ke rumah. Petang ini ada agenda penting untuk kami. Agenda Sorakan Emosi. Menyaksikan perlawanan separuh akhir badminton Piala Thomas, Malaysia vs China. Seperti entri saya sebelum ini, kami meletakkan harapan yang tinggi untuk merampas kembali gelaran sang juara setelah 16 tahun kempunan. Harapan ini tampak cerah dengan kemenangan Chong Wei untuk perseorangan pertama. Namun, dengan kekalahan gandingan Boon Heong-Keng Keat dan Choon Han agak memeritkan kami.

 

Strategi menurunkan pasangan baru Zakri-Fairuz agak menjadi. Mereka sememangnya lebih tangkas berbanding regu China yang memiliki fizikal yang lebih sasa dan tinggi sehingga berjaya memberi mata penyamaan buat Malaysia. Namun, kegoyahan Hafiz pada perlawanan penentuan meresahkan kami sehingga ditunjukkan jalan keluar oleh Chen Jin yang juga merupakan juara baru All England.

 

Walaupun tewas, saya kagum dengan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Piala Thomas adalah kejohanan berpasukan dan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Pasukan yang bukan sahaja melibatkan jurulatih dan pemain, tetapi melibatkan pegawai kejohanan, penyokong, media massa dan pelbagai lagi pihak. Mempunyai matlamat yang sama dan asas penting kerja berpasukan. Menjadi peranan semua pihak dalam menumpu matlamat yang ditetapkan walaupun berlainan task, bukan bergantung kepada jurulatih dan pemain semata-mata.

 

”Tiada manusia yang cukup hebat memimpin manusia lain tanpa persetujuan kerjasama manusia lain tersebut” Abraham Lincoln

 

Islam sendiri pun mengajar umatnya bersatu dengan mengerjakan sesuatu secara kolektif dalam menjalani kehidupan seharian. Firman Allah taala:

 

“Sesungguhnya Allah sangat menyintai mereka yang berjuang di jalan-Nya di dalam keadaan barisan yang seumpama bangunan yang terbina kukuh.” (As-Soff:4)

 

 

Sesuatu yang istimewa yang saya peroleh melalui kejohanan Piala Thomas ini selaku di posisi penyokong, iaitu nilai berpasukan. Kesungguhan mahasiswa Malaysia yang berada di Indonesia selaku penyuntik semangat dan moral jurulatih dan pemain Malaysia amat mengagumkan saya. Inikan pula kami yang berada di tanah air dengan berbekalkan sorakan emosi di depan kaca tv.

 

Waktu malam saya terisi dengan membantu rakan serumah yang baru berpindah ke rumah baru. Maklumlah bakal pengantin baru. Takkan nak duduk dengan kami yang masih bujang trang tang tang ni =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: