Tiada pasal, cari pasal

Bila pasukan yang kita sokong tidak dapat ke final Champion’s League 2008. Maka, situasi adalah tiada apa-apa (baca:tiada pasal) yang perlu disorak. Tetapi dek kerana masih lagi meminati dan mengikuti perkembangan kejohanan ini, satu pilihan boleh diambil iaitu dengan berpura-pura (baca:cari pasal) menyokong salah satu pasukan. Syarat pasukan yang perlu disokong ialah:

– Pasukan yang berlainan dengan kawan rapat anda yang menonton perlawanan bersama anda.

Jika kawan rapat anda peminat setia Chelsea, anda boleh cari pasal dengan menyokong Manchester Utd. Ini kerana, semasa menonton perlawanan bersama, ulasan mesti padat, pedas dan tepat bagi menghangatkan suasana menonton. Tapi awas, sebelum memilih pasukan untuk disokong, pastikan anda mengkaji dahulu kelemahan, kekuatan dan strategi pasukan itu agar anda dapat berhujah dengan baik dan tepat. 

Dalam sesuatu perlawanan, ada yang menang dan ada yang kalah. Maka, dalam situasi kejohanan Piala Juara-Juara Eropah 2008 ini, pasukan yang pura-pura disokong ini memperoleh kemenangan dengan sepakan penalti setelah terikat 1-1 sepanjang 120 minit masa perlawanan. Natijahnya, kawan baik anda mula bengang kerana pasukannya tewas hanya disebabkan John Terry yang gagal menyempurnakan sepakan penalti akibat ter’kucil’ kerana padang basah. Dan anda menang dengan penuh kepura-puraan. Ini dikatakan, tiada pasal, cari pasal.

Cari pasal dalam politik

 

Che Det cari pasal dengan Pak Lah. Semacam perlawanan tinju dipentas terbuka. Che Det yang sudah pun lama berpencak dengan mengkritik kepimpinan Pak Lah sehingga ada menyifatkan beliau sebagai ‘duri dalam daging’ dalam parti mengorak langkah keluar parti. Maka, si pemegang sepanduk Pak Lah dalam perlawanan tinju ini, memulakan perang psikologi terhadap lawan bos mereka. Mereka setia dengan bos, mereka juga kata setia kepada lambang yang dipakai bos mereka. Mereka juga mengkritik Che Det tidak setia kepada lambang mereka dan berani melawan bos mereka. Padahal Che Det cari pasal kerana menolak kepimpinan Pak Lah, bukan menjadi bughah kepada parti.

Kalau perlawanan bola, mesti ada yang menang, dan ada yang akan kalah. Tapi, pentas politik sukar diramal. Mungkin tiada siapa yang menang, tapi mungkin juga adanya pemenang. Yang menang akan berkuasa, dan yang kalah akan menjadi lagenda. Cuma pengadil dalam perlawanan ini adalah rakyat. Mungkin perlawanan kali ini ala-ala perlawan tinju Mike Tyson vs Evander Holyfield. Salah seorang akan main ‘ilat’ dengan menggigit telinga lawan.

2 Respons to “Tiada pasal, cari pasal”

  1. muhammadridwanto Says:

    ok, aku nak jadi kawan ko seumur hidup sampai akhirat

  2. Shinobi D. Awan Says:

    Cari pasal dgn Mr Rafie Yusof. Ada brann? hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: