Mari Melawat Kelantan

Seminggu saya bercuti balik kampung. Baru semalam pulang ke Johor, penat perjalanan pun belum reda. Namun, pulang ke kampung amat menyeronokkan. Tambahan pula padi baru dituai dan tanaman ‘lada solok’ pun baru mendapat hasil. Memang rezeki keluarga kami kerana musim cuti sekolah, harga sayur agak tinggi, terutama ‘lada solok’ dan timun batang. Yelah, kedua-dua sayuran ini agak popular digunakan dalam majlis kenduri perkahwinan di sekitar negeri pantai timur. Bayangkan, usai solat subuh, sampai je pasar borong sayur kami habis terjual hanya dalam masa 10 minit. Memang rezeki kami.

Tapi musim cuti sekolah kali ini memang mengujakan saya, ramai orang yang luar dari Kelantan datang ke sini. Bukan setakat rombongan pengantin luar Kelantan sahaja yang datang bertandang, tetapi, mereka yang memang niat untuk melancong di negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut berkunjung. Bandar Kota Bharu sesak bagaikan musim perayaan. Sama juga berlaku di pekan Rantau Panjang, memang sesak dengan kenderaan plat luar Kelantan. Saya pun tension bila mengambil peluang cuti ni untuk membeli jersi bola sepak(sempena EURO 2008) di Rantau Panjang kerana hampir 1 jam kereta saya tersangkut dalam traffic jam hanya di sekitar pekan sahaja.

Jom ke Kelantan, melancong sambil memborong!

Pasar Siti Khadijah : Lihat lah wanita-wanita Kelantan di sini

Keropok kering : Jom ke daerah Tumpat

Satar ikan

Jual nasi bungkus dapat hadiah paku =)

Ubat mujarab rakyat Kelantan: comfirm tak pandai kecek luar

Cuma kalau datang ke Kelantan, pastikan pagi Jumaat berada di Dataran Ilmu MPKB. Bersama-sama rakyat Kelantan menuntut ilmu agama dengan Menteri Besar. Inilah nikmat kami rakyat Kelantan.

Jom ke Kelantan, melancong sambil menuntut ilmu!

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

3 Respons to “Mari Melawat Kelantan”

  1. RIDWANTO UTM Says:

    Salam,
    Aku pun baru balik dari melancong.
    Bermula ke sabak Bernam, kemudian turun ke Petaling Jaya, melanjutkan destinasi ke Perlis Indera sunnah, pergi jalan2 ke Kedah, selepas itu berjalan2 ke Cameron Highland, menamatkan perjalanan ke UTM , awal pagi tadi.
    Sudah pasti bersama anak isteri yang tercinta.
    Apa pun, seronok dapat menghabiskan masa bersama keluarga..
    Alhamdulillah

  2. mahisyam3 Says:

    seronok cara berkeluarga.
    aku seronok cara bujang…matlamat masih sama

  3. muhammadridwanto Says:

    Betul ke???
    hehehe…
    Allah yang tahu apa yang ada dalam hati ko…
    Sudah pasti ko pun tahu apa yang terdetik jauh di sudut hati ko…
    Apa pun,kelantan negeri serambi mekah ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: