Data Strata Itu

Seorang staf makmal berkira-kira untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Bagi mereka yang di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, setelah 3 semester, insyaAllah akan mendapat M.Eng (Mech). Beliau bertanyakan saya, yang mana satu lebih baik, antara pengajian melalui kursus (kelas) ataupun secara penyelidikan sepenuh masa.

Susah untuk saya memberi jawapan. Bagi saya ia bergantung kepada individu. Jika kita berusaha, 2 semester pun kita dah boleh tamatkan pengajian. Pengajian melalui kursus, segala perancangan pengajian dan matapelajaran disediakan oleh fakulti, namun bagi mereka yang melakukan secara penyelidikan, bergantung kepada diri sendiri!

Bulan ini, mesin CNC di Makmal masih rosak. Hati dan fikiran saya bertambah runsing. Entah bila dapat menyiapkan eksperimen ini. Saya menjadi buntu.

Bosan. Saya mencuba perkara baru. Seorang teman mengajak saya bekerja bersama secara sambilan. Memasukkan data strata untuk bangunan di Malaysia dibawah seliaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Agak seronok tetapi penat dan pening.

Seorang rakan menegur saya melalui YM. “Ko ni online 24 jam ke?”

Memang kerja sekarang mengadap laptop. Buat kerja sambil menonton EURO 2008! Dah semua rakan serumah gila bola. Ini jersi yang baru kami beli.

Jersi merah itu saya punya :p

5 Respons to “Data Strata Itu”

  1. QASSIM Says:

    BAGUS LER USTAK NIE..PANDAI MENCARI REZEKI NGAN CARA LAIN…

  2. sahir Says:

    betul tue..rajin mencari rezeki..tak lama leh kawen dah ler..ahahhaah

  3. Shinobi D. Awan Says:

    Aku nok beli negara gapo toktau…

  4. Azrul Hisyam Says:

    tO Awan: Nak beli negara?? Byk duit time2 minyak mahal ni.
    Kalu xdok duit, beli selipar jepun merah, design negara crotia.(terkenang kisah dlu2, xdok ore wat mcm selipar jepun aku)

  5. peng Says:

    bgs la kijo part time tu…
    mujur aku x rajin pakai selipa jepun,, jadi tak pernah la wat corak pelik2 di selipar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: