Keindahan Alexanderia

Saya sungguh kagum dengan keindahan Alexanderia, Mesir. Seakan mahu bertandang ke sana. Mungkin rezeki adik perempuan saya untuk belajar di Universiti Alexanderia dalam kuliyyah perubatan. Tadi dia sempat mengirimkan beberapa gambar yang bagi saya ianya cukup indah.

Bandar Alex di hadapan Laut Mediteranian

Bumi yang menempatkan makam Nabi Danial ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pantainya juga yang mengadap laut mediteranian juga seolah-olah memberi suatu ketenangan kepada pengunjungnya. Begitulah yang digambarkan oleh adik saya. Selain itu juga, terdapat sebuah perpustakaan terbesar di dunia. Bagi mereka penggemar buku dan ilmu, sudah pasti kedatangan mereka pulang dengan kepuasan.

Pantai Alex

Maktabah Alex

Satu perkara yang mengujakan saya ialah, kehidupan penduduk Alexanderia dibantu dengan pengangkutan awam yang dikenali sebagai ‘Tram’. Pelajar-pelajar Malaysia menggunakan pengangkutan awam ini untuk ke mana sahaja. Dan tambang menaiki tram ini hanya 25 sen, dan jika ditukar dengan matawang Malaysia hanya 10 sen! Ke mana-mana destinasi pun hanya 10 sen. Pengguna tram ini bukan sahaja orang-orang ‘biasa’, namun Profesor dan Doktor juga menggunakan perkhidmatan ini.

Tram

Suasana tanpa tekanan hidup, di tambah dengan kehidupan mengadap laut mediteranian. Memang selesa.

3 Respons to “Keindahan Alexanderia”

  1. muhammadridwanto Says:

    yea, kenapa lah kita mempunyai pemimpin yang kurang cerdik?
    Kenapa Allah hantar pemimpin begitu kepada kita? Walaupun Abdullah Badawi keturunan ulama, tapi ia hanya lah fitnah buat diri Abdullah Badawi dan keluarga.
    Semoga kita akan terus mendekati Allah. Kita telah lama melupai jalan pulang yang telah Allah dan Rasul Nya tunjukkan..
    Aku dan keluarga pun mahu menjelajahi keindahan alam ciptaan Allah di seluruh dunia.
    Semoga adik ko menjadi doktor yang akan berkhidmat untuk rakyat.
    Begitu jua kita semua…
    Marilah kita membantu rakyat Malaysia..
    Hidup rakyat!!!

  2. peng Says:

    tram….
    ni ko metro hok fahri naik masa first time jumpa aisha
    patut la angin buleh masuk…
    lrt ada nelo ruponyo….

  3. Azrul Hisyam Says:

    ho lah
    ekon semulajadi, xpo mugo muroh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: