Kami Permata Ayah Bonda

Siang tadi saya menelefon ayah untuk bertanyakan khabar dan berborak satu dua perkara. Saya juga menyatakan saya mahu pulang ke kampung pada hujung bulan ini. Namun, dia melarang tetapi mencadangkan saya pulang selepas 11 Julai. Rupa-rupanya tarikh itu adalah hari kepulangan anak perempuan sulungnya dari bumi Mesir. Saya hampir terlupa.

Sudah hampir setahun Kak Ngah di sana. Masa berlalu terlalu pantas. Saya rasa baru sahaja dia mendapat keputusan SPM nya, tapi itu tahun lepas. Jika dahulu saya dan Ming (abang sulung) yang selalu tiada di rumah kerana saya berada di selatan tanah air dan Ming di UIAM Gombak, tetapi sekarang ayah dan ma kehilangan seorang lagi anak mereka. Tetapi kali ini teramat jauh.

31 Ogos 2007

Kesian mereka, walaupun Ming sudah pun mendapat ijazahnya, namun tugasnya yang agak jauh menjarakkan dia berada di rumah. Cuma yang tinggal Syidah dan Zaimuddin bersama kucingnya menjadi penyeri dalam rumah. Kadang-kadang kesian juga melihat Syidah, jika dahulu ada peneman untuk ke sekolah, tapi sekarang berseorangan. Dan saya masih lagi di sini (bila nak abis ni!!).

Kagum saya kepada ayah dan ma. Untuk setakat ini, 3 anak mereka sudah berada di menara gading. Bukan calang-calang kursus yang anak mereka ikuti: Law, Engineering dan Medic. Tinggal 2 orang lagi yang masih bersekolah. Mereka didik kami dengan penuh disiplin. Terima kasih ayah dan ma. Kami permata ayah bonda.

Kami bergambar untuk kali terakhir sebelum Kak Ngah berlepas

5 Respons to “Kami Permata Ayah Bonda”

  1. peng Says:

    tu la…. caepat habis gaji kelik klate…
    ni dok katonyo nak cari kijo kl….
    aku lagi la…
    takdok ore dumah..
    anak semua dok jauh…
    hok paling dekat pun dok asrama…

    macam mana anak ketiga dapat gelaran Kak Ngah…
    anak ke dua pula Abe Ngah ko?
    nanti kalau dah kahwin ape gelaran untuk isteri dan adik ipar?

  2. muhammadridwanto Says:

    tahniah..
    bahagia nya keluarga ko …

  3. Azrul Hisyam Says:

    apa-apa aja lah mu peng!

  4. sniperrabb Says:

    adik hok ambek medic tuh ex maahad eh??

  5. Azrul Hisyam Says:

    to sniperrabb: Hoooo..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: