Petrol Baru Naik, Yang Ni Dah Lama Naik

Fakta Kes 1

Seorang sahabat pula berkongsi ceritanya bertemu Mat Rempit ataupun ‘Mat Bodoh’ di Parit Raja, Batu Pahat tempoh hari. Kata anak-anak muda itu, “Kalo abang nak tengok perempuan bonceng moto kitaorang sambil pakai coli je, jom ke jalan antara Ayer Hitam dan Parit Raja tiap malam Ahad”. Dan mereka juga dalam masa beberapa minit sahaja memindahkan lebih 30 klip video seks ke dalam telefon bimbit sahabatku itu. Apa yang lebih mengguriskan hati kita adalah setiap aksi dan ‘pelakon’ dalam klip seks itu mereka kenali. Kata mereka, “Haa…yang ini, budak kampung sebelah, yang telanjang ni betina kampung tu, yang is** ***** ni kampung aku…”. Aduh, kalau selalu kita hanya mendengar adanya klip video seks yang tersebar jauh dari kita, namun hari ini, kita dapat melihat anak si dia dan si anu yang kita kenali yang merakamkan aksi seks mereka untuk disebarkan.

Fakta Kes 2

Di Pontian pula, seorang sahabat yang bertugas sebagai seorang guru menunjukkan beberapa rakaman gambar dan video para pelajar sekolahnya. Jijik betul anak-anak bangsa kita itu! Rubbish! Seorang rakan yang lain pula bercerita tentang anak-anak Melayu yang secara sewenang-wenang meneguk arak di Bandar Tenggara. Persoalan mengenai arak ini bukan sahaja berlaku di Johor, malahan di Kelantan, khususnya di kawasan yang agak hulu seperti Dabong, arak menjadi minuman anak-anak Islam kita. Kes pil kuda pula usah diceritakan lagi, memang kritikal! Pedulikah kita tentang semua ini?

Fakta Kes 3

Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini memang tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik-beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Seorang sahabat mengadu, “Aku dah tak tahu lah apa caranya nak ubati masyarakat kita ni, kalaulah boleh guna Doraemon kan senang. Minta dia keluarkan sesuatu dari poketnya dan menyebut, ‘Alat Membasmi Masalah Jenayah dan Sosial Remaja’!”. Tetapi itu hanyalah permainan minda kita yang cuba untuk lari dari permasalah sebenar. Namun sebenarnya, memang kita dapat rasakan kehancuran akhlak masyarakat kita bagaikan tiada penamat dan ubatnya. Kawan-kawan, kita ada penawarnya. Islam, itulah ubat kita. Cuma, bagaimana kita mahu membawa pakej itu untuk dipersembahkan kepada masyarakat, itu yang menjadi persoalannya. Aku agak bersetuju dengan seorang penulis yang menyebut bahawa ramai orang menolak Islam bukan kerana ’content’nya, tetapi kerana ‘container’nya. Tinggalkanlah Doraemon itu dan berpijaklah di bumi yang nyata. Islam ada penyelesaiannya. Ayuh bersama tegakkannya! Kita sudah ada Islam sebagai penawarnya, percayalah! Sistem hidup kita semua perlulah kembali kepada hukum dan undang-undang fitrah yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Segala permasalahan yang timbul adalah akibat diri kita sendiri yang telah secara perse menolak hukum Allah jauh dari kehidupan harian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: