Curi-Curi Masa

Selalunya bila ada masa lapang saya akan mencari bahan bacaan untuk merehatkan minda saya. Tapi kadang-kadang walaupun agak sibuk, saya akan curi-curi masa untuk membaca jika bahan bacaan itu menarik. Bulan lepas dan bulan ini saya sangat berkira untuk beli buku baru. Tak patut!

Akibatnya, hampir sebulan terhenti, saya tidak menghabiskan walau satu buku. Memang teruk! Seingat saya, buku terakhir yang dapat saya hadamkan sebulan lepas iaitu; Aku Terima Nikahnya, QURANIC GROUP dan Ungu Karmila.

Walaupun sekarang agak sibuk dengan data strata, namun saya rasa, saya perlu juga mencuri masa untuk membaca. Ini akan menjadi bahan bacaan terbaru saya:

Sebuah novel karya Ibnu Hazm El Andalus, seorang Ulama’ Besar dan Sasterawan Muslim. Bila membaca kata-kata Habiburrahman El Shirazy tentang buku ini, ia amat mengujakan saya.

“Cinta adalah kejujuran, ketulusan dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesucian yang harus dijaga. Cinta semestinya berhulukan iman, bermutiarakan taqwa, dan kebersihan jiwa. Itulah cinta yang ditegaskan oleh Ibnu Hazm El Andalusy dalam buku ini. Buku yang sejak dari awal kemunculannya begitu menggemparkan…”

Habiburahman El Shirazy

Penulis novel Ayat-Ayat Cinta

Masa saya kecil, Allahyarham datuk saya, Hj. Daud sering berpesan:

“Tok ‘baco, akal payoh tokok”

Satu Respons to “Curi-Curi Masa”

  1. sutera hijau Says:

    best ke ‘Di Bawah Naungan Cinta’?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: