Letih

Hari ini serba tak kena, selsema dan batuk. Baru sahaja menerima tambahan data untuk digitalkan untuk data strata siang tadi. Kemudian berkejar ke Unit Perkhidmatan Analisis, Fakulti Sains untuk berbincang tentang sampel minyak kelapa sawit untuk di analisis. Agak malang, analisis tidak dapat dilakukan lagi. Pensyarah yang membantu saya dalam analisis ini berada di Besut, Rabu depan baru pulang. Saya agak stress.

Kemudian ke Makmal Pengeluaran. Tiada apa yang boleh dilakukan. Mesin CNC masih rosak. Saya bertanya kepada Wak Sazali tentang hal mesin. Dia kata, masih lagi menunggu sebut harga bagi spare part untuk dipasangkan. Saya rasa stress. Entah bila eksperimen saya akan siap. Saya mula berkira-kira. Ada 24 sampel mata alat lagi untuk di kaji, Biasanya 3 mata alat dapat disiapkan dalam seminggu. Saya memerlukan 8 minggu penuh untuk menyiapkan eksperimen awal iaitu kira-kira dua bulan. Itupun hanya mendapat result kasar. Tidak lagi dianalisis mengguna instrumen yang lain. Mungkin akan mengambil tambahan 1 bulan lagi. Kalaulah bila buka semester baru, saya masih lagi belum dapat menyambung eksperimen ini, nampak gaya target untuk submit tesis penghujung tahun ini agak kabur. Saya agak stress.

Pulang petang terus mengadap komputer untuk data strata. Bila mata agak kelabu, saya pergi menonton tv, ceritanya Ezora. Terlelap. Mungkin hari ini saya berkejar ke Fakulti Sains dan turun naik blok empat tingkat. Maghrib baru bangun. Selesai solat Maghrib, berkira-kira untuk menyiapkan data strata. Data yang penuh dengan masalah. Adoyaiii.

Malam ini hanya mengadap komputer sahaja sampai sekarang. Memang meletihkan. Ditambah dengan selsema, agak kurang selesa. Teringatkan pula masih ada satu lagi kertas kerja untuk conference yang belum lagi buat, bertambah menyesakkan. Berhadapan dengan data strata pun dah sesak. Saya akui, menulis kertas kerja sesuatu yang amat memenatkan otak. Lebih-lebih lagi bagi saya yang ‘bangsat’ dalam english.

Jam 2.45 pagi, saya masih belum solat Isya’. Saya bersolat kemudian kejutkan Et. Dia nak tengok EURO. Badan saya letih sangat. Tapi sebelum tidur saya akan update blog dengan entri terbaru. Maka inilah entri saya. Saya letih dan tak dapat teman Et tengok bola.

Mungkin selsema saya adalah kifarah dosa

2 Respons to “Letih”

  1. muhammadridwanto Says:

    mana ada mungkin2 pun..memang Allah nak tebus dosa2 ko dengan datangkan demam..amennn..
    janganlah kata bangsat, cuma ko agak lemah SIKIT AJA…

  2. ZulFyiZan Says:

    huhu…sian ko..mesti jangkit drp aku ni kan…
    hehe…jgn lupe kejutkan aku lagi ek…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: