Kopi 0 Lada Solok

Saya sangat meminati program ‘Nasi Lemak Kopi O’ yang ditayangkan di TV9 dekat di hati. Bagi saya ia suatu program hujung minggu yang amat menarik dan bermanafaat. Sebentar sahaja bila bersama pengacara Aziz Desa, Prof Izi dan Mek Klate, diserikan lagi lagak Wak Long yang amat memikat hati saya. Nasi lemak kopi o menggambarkan citarasa rakyat Malaysia waktu pagi, dengan pelbagai perencah dan rasa.

Tapi pernahkah anda menikmati ‘Kopi O Lada Solok’??

Dulu saya pernah dengar dari Allahyarham datuk saudara saya tentang minum petang dengan kopi o dan lada solok. Dia pernah berkata lebih enak lada solok dicicah dengan kopi o. Saya tidak pernah mencuba, tak tau apa rasanya. Ini kerana, di rumah saya tidak pernah dihidangkan dengan kopi o, walaupun lada solok selalu saya makan, tetapi kopi o dan lada solok tidak pernah berada semeja di rumah saya.

Kadang-kadang saya terfikir bagaimana rasanya bila lada solok dicicah dengan kopi o. Mungkin terasa pahit-manis kopi dan pedas-lemak lada solok akan bersatu. Mungkin saya boleh cuba!

Walaupun kopi 0 dan lada solok kebiasaannya tidak dihidangkan bersama, namun kedua-dua ini memberi nilai yang bermakna. Kopi O dan Nasi Lemak memang ngam, dan Lada Solok dan Nasi kerabu memang perrkkhh! Memang kecur air liur saya saat ini kerana hanya ditemani dengan Nesvita 3 in 1 Chocolate.

Pahit-Manis, Pedas-Lemak Kehidupan

Kehidupan yang ada pasang surut, yang ada pahit manis. Semuanya yang telah direncanakan oleh Allah. Bila saya terkena selsema diikuti dengan demam, terasa menyeksakan, namun ini adalah perencanaan Allah. Bila ditimbun dangan urusan yang tidak pernah terfikir sebelum ini, terasa amat menyesakkan, namun ini perencanaan Allah. Tapi adakah bila saya terasa lapang, bila saya sihat, bila saya dapat melancong ke sana-sini, saya mengingati dan bersyukur pada Maha Berkuasa mengatur kehidupan manusia… Terasa diri ini terleka.

Kehidupan yang penuh dengan pahit-manis-pedas-lemak. Bersykur pada Al-Khaliq.

2 Respons to “Kopi 0 Lada Solok”

  1. muhammadridwanto Says:

    YEa, aku kadang2 kecewa dengan Anwar Ibrahim…

  2. Shinobi D. Awan Says:

    Kamu yang masih hidup…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: