Belajar Kerana Mahu

 

Makin saya belajar dan baca, makin saya tak tahu. Walaupun skop pembelajaran saya semakin mengecil tetapi ilmu Allah itu amat luas, menyebabkan saya rasa sekecil mana pun skop pembelajaran dan kajian saya, masih dan makin banyak yang perlu dipelajari dan dikaji.

 

Ketika di bangku sekolah, teringat subjek yang perlu diambil untuk SPM. Saya yang berada di aliran sains-agama mengambil  11 subjek; campuran subjek teras-sains tulen-agama. Skop pembelajaran ketika itu seolah amat luas, semua bidang ilmu perlu dipelajari. Fizik, kimia, biologi, pendidikan Al-Quran dan sunnah, pendidikan syariah islamiah, bahasa arab dan beberapa subjek lain.

 

Namun, bila mendapat rezeki ke IPT, skop pembelajaran saya tertumpu kepada aliran sains sahaja. Itupun hanya melibatkan bidang aplikasi fizik dalam kehidupan iaitu bidang kejuruteraan. Dan untuk ketika ini, memang tidak terlintas difikiran suatu ketika dahulu untuk belajar ke tahap ini. Walaupun apa yang saya belajar sekarang ini skopnya lebih mengecil, namun inilah dinamakan suatu bidang pengajian Sunnatullah.

 

Kalau sewaktu di sekolah dahulu, saya MAHU memilih bidang sains khususnya kejuruteraan mekanikal kerana mencabar diri untuk memecah tradisi seorang presiden badan dakwah sekolah yang mencuba bidang selain bidang agama. Sejarah presiden badan dakwah sekolah sebelum saya, semuanya tertumpu dalam bidang pengajian Islam dan undang-undang.

 

Tetapi sekarang, saya tetap di bidang ini kerana saya MAHU belajar dan mangkaji. Saya seolah cintakan bidang ini, kerana saya ada MAHU.

 

Anda sudah bosan belajar?

Anda mahu terus bekerja apabila tamat 1st degree? Terus mengumpul duit, kemudian mula membeli sebuah kereta, dan berkira-kira untuk berkahwin?

Kemudian anda terfikir tentang keseronokan semasa belajar dulu-dulu

Namun anda disibukkan dengan urusan kerja, isteri (isteri-isteri??), anak-anak, petrol naik, barang naik dan pelbagai macam lagi urusan. Anda terus menangguh hasrat untuk belajar. Kehidupan anda terus berkitar dalam landasan sama.

 

Saya mahu belajar sepanjang hayat. Mungkin saya belum lagi diuji dengan kesibukan urusan di atas, namun bagi saya, jika saya MAHU belajar, Allah akan bukakan ruang dan waktu untuk saya untuk belajar walaupun hanya belajar membancuh secangkir kopi. Dan saya sedar jika berilmu, kedudukan akan mulia di sisi Allah dan masyarakat. Balajarlah selagi ada hayat. 

 

3 Respons to “Belajar Kerana Mahu”

  1. zs Says:

    ‘life is to learn’-kata kak apau..

  2. Azrul Hisyam Says:

    kata-kata kak iza xde ke…

  3. muhammadridwanto Says:

    Salam,
    wah , hebat yea ko ni dulu..
    presiden badan dakwah…
    aku ni kuli aja , macai….aku ni hampeh/…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: