Terima Atau Tidak

Pengalaman kedua saya ditemuduga. Kali pertama kira-kira setahun yang lepas, namun tiada rezeki ketika itu. Cuma kali ini, sebelum oral interview, saya dikehendaki menjawab IQ test, technical dan drawing test. Sejurus selepas itu terus ditemuduga oleh 1 Japanese, 1 Chinese dan 1 Melayu.

Tujuan utama saya pergi interview ni bukanlah untuk mencari job, sekadar mencari pengalaman. Bila dah agak bosan dengan apa yang dilakukan sehari-hari dan beberapa masalah yang masih menghantui research saya, saya terus setuju untuk ke Panasonic senai selasa lepas. Dengan baju kemaja yang tak bergosok, tie, tali pinggan dan kasut pinjam saya ke sana tanpa membawa fotokopi sijil. Memang tak terurus..huhu.

Dan 2 hari lepas, kawan saya yang bekerja di sana mengirimkan sms.

“Senyap je ko lepas intvw, aku ada berita baik untuk ko”

Rupanya nama saya sudah dihantar ke Department Multi Function Printer. Tidak lah gembira sangat, tapi kalau nak dikira gaji keje kilang ni ngan gaji saya sekarang memang jauh beza. Adoyai, time-time gini lah pulak dapat keje. Jadi confuse.

Sekarang masih berfikir untuk memilih.

Mungkin ada cara yang terbaik untuk memilih kedua-duanya.

Puncak Impian

Cuma kita sebagai seorang Muslim, digalakkan untuk solat sunat istikharah. Moga ditunjukkan jalan yang terbaik oleh Allah.

Tak kisah lah hal itu. Cuma sekarang saya tak sabar untuk pulang ke rumah. Dah agak lama tak pulang. Balik kali ini sempena kepulangan adik saya yang bercuti panjang. InsyaAllah dia akan tiba di KLIA 12hb, tengahari. Entah pukul berapa sampai kat Kelantan nanti.

Menunggu buah tangan yang akan dibawa pulang. hehehe. Tak silap Rasyidah order buah plum mesir…

Semoga Kak Ngah selamat dalam perjalanan.

2 Respons to “Terima Atau Tidak”

  1. muhammadridwanto Says:

    Salam, rasa sedih pula ko akan pergi meninggalkan UTM.
    Semoga ko akan bahagia dengan hidup ko ..ameen

  2. sahir Says:

    waduh bro..byk ssh nie..tp kalu UTM peluang utk dakwah byk tue..hehehee
    gaji mmg ciput ckit ler…dh la plak prob research ko yg tak penah lenyap kn..
    but mungkin de hikmah tue..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: