Kelmarin dan Hari Ini

Kelmarin…

Saya menerima satu pesanan dari seorang teman tentang promosi buku-buku di Badan Cemerlang di Angsana. Potongan 20 hingga 50 peratus.

Kelmarin juga…

Saya (kami) menerima seorang lagi ahli baru rumah kami. Juga pelajar master Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Hari ini…

Kami(orang lama) + Lan (budak baru; hehe) ke Badan Cemerlang setelah kami mengetahui tentang potongan harga buku di sana. Perancangan kami, selesai shoping terus ke rumah Dr. Jais untuk usrah mingguan kami.

Wah rupa-rupanya, orang baru rumah kami dah ‘gila’ baca novel. Mungkin pengaruh dari saya yang selalu baca novel dan menceritakan kandungan novel kepadanya ketika kami tinggal sebilik di kolej semester lepas. Kali ini, dia beria sangat membeli novel. Karya Ramli Awang Mursyid. Mungkin penangan Ungu Karmila yang sempat dihadam selepas final exam sem lepas. Lagi yang tak disangka, Ed pun beli novel…hahaha. Korang dah melekat dengan novel dah!

Saya? Novel bulan lepas pun saya tak habiskan lagi. Tiada nafsu lagi untuk membaca novel baru. Cuma mencari juga karya Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu, tapi tiada…

Awal-awal lagi saya tidak bercadang untuk membeli novel. Target saya, buku yang boleh memotivasikan diri saya. Saya telah memiliki buku ini:

Buku karangan Dale Carnegie

dan ini…

Setitis Embun Semarak Api karya Prof Emeritus Shahnon Ahmad

Kedua-dua buku ini bukan keluaran terbaru, ianya telah lama diterbitkan. Namun ia adalah bahan bacaan terbaru saya.

Nanti saya kongsikan kandungan karya Dale Carnegie dan Prof Emeritus Shahnon Ahmad ini dengan kalian semua… Amacam?

Satu Respons to “Kelmarin dan Hari Ini”

  1. muhammadridwanto Says:

    Ko patut beli yang terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pasal Shahnon Ahmad juga. Sangat menarik. Sama aja isi dengan buku setitis embun ini tetapi lagi mantap terbitan DBP …..Ada satu aja kat BADAN. Aku dah sorokkan . NaK beli lah hari ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: