Ini Milik Saya

” Would you take a million dollars for what you have?

Satu lagi petua yang ditulis oleh Dale Carnegie.

” We seldom think of what we have but always of what we lack

Schopenhauer

Saya berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman hujung minggu lalu untuk beberapa urusan. Urusan utama menjemput adik perempuan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Walaupun adik saya tiba di KLIA dari Dubai sejak jam 2 petang lagi, dia terpaksa menunggu penerbangan KLIA-KB pada pukul 6.30 petang. Tepat waktu maghrib, beliau sampai di bumi Kelantan. Sebelum kami ke lapangan terbang, sempat juga kami singgah ke Stadium Sultan Muhammad iV, ada Pesta Nasi 100. Memang meriah!

Urusan kedua untuk membaiki kereta kancil. Sememangnya dari awal saya telahpun berbincang dengan ayah saya untuk menukar kereta dengannya. Banyak juga duit saya ‘melayang’ untuk kereta kancil ini. Dan alhamdulillah perjalanan saya bersama kereta ‘baru’ saya dari Bachok ke Skudai berjalan dengan lancar dan selamat sampai tengah malam tadi.

Rutin biasa apabila balik kampung, waktu petang ke ladang untuk mengutip lada solok, hantar dan ambil adik lelaki bongsu ke sekolah dan kelas malam, bertemu rakan seusrah di Kelantan dan beberapa aktiviti lain lagi.

Sempat juga menziarah Fitrihelmi (Che Yie) dan Asiah (Che Yah) yang baru di kurniakan cahaya mata sulong. Tahniah!

Sebelah malam, saya ke Sri Aur Chalet. Kak Yam, tuan punya chalet, menjemput kami rakan seusrah untuk majlis tahlil dan doa selamat di rumahnya. Yang best nya, lepas tahlil makan pulut durian!

Banyak lagi aktiviti yang saya lakukan walaupun ini hanya ‘cuti ringkas’ saya.

Segala apa yang saya miliki di sekeliling saya membuatkan saya rasa gembira dengan kehidupan. Ia tidak akan dapat dibeli walau dengan jutaan ringgit!

Anda bagaimana?

Satu Respons to “Ini Milik Saya”

  1. lan hensem Says:

    aku nk makan pulut durian jg..bakpe dok wak kelik umah kite sket

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: