Seorang Sahabat, Satu Pertemuan, Seribu Makna

Menerima kedatangan sahabat yang telah lama tidak berjumpa; Fairus aka Peng. Jadual kerja luar beliau selaku staf di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya iaitu menjayakan kempen menangani stress yang bertempat di SMK Tasik Utara membawa saya kepadanya @ membawa dia kepada saya. Padahal hujung minggu lepas, saya dan Fairus berada di negeri Serambi Mekah, namun masa yang terbatas menyukarkan kami bersua.

Gaya dan lagaknya sama seperti dahulu. 4 tahun menjadi classmate, bermula tahun 1998 ketika di tingkatan 2 Ibnu Khaldun sehingga 2001 di tingkatan 5 Ibnu Khaldun. Kami bertambah rapat apabila Fairus mengambil keputusan untuk tinggal di asrama bersama-sama. Di situ bermula kami berusrah dan berprogram bersama-sama. Bersama-sama menjadi AJK koperasi sekolah selama 2 tahun, dan berpeluang mewakili sekolah dalam kuiz pengguna dan debat ala parlimen. Alhamdulillah kedua-duanya acara mampu ke peringkat negeri, tetapi masih tidak dapat menjadi juara.

Saya presiden badan dakwah, beliau exco perhubungan. Kenangan menggerak aktiviti dakwah diperingkat sekolah amat mengasyikkan dan mengujakan. Kesungguhannya dalam menjalin hubungan dakwah luar dengan sekolah-sekolah lain telah memungkinkan kami memasarkan majalah bulanan terbitan badan dakwah Al-Muzakkir ke beberapa buah sekolah agama di Kelantan. Kenangan lama…

Hujung minggu ini kami sekali lagi bersama. Minatnya masih tak berubah. Gemar membaca. Ketika menjenguk beliau di Hotel Selesa, dirinya tak lekang dengan buku di tangan. Wah, rupanya peminat setia Faisal Tehrani. Di tangannya sebuah novel FT; Tuhan Manusia. Mencadangkan saya untuk membaca Tunggu Teduh Dulu, dan sememangnya sedah lama niat saya untuk membaca karya tersebut. Cuma, karya TTD tidak dijual di kedai buku, hanya secara online.

Pantas saya melakukan pesanan online. Hanya Menunggu ‘Tunggu Teduh Dulu’ sampai ke pintu rumah sahaja!

Saya membawanya mengunjungi kedai Buku Badan Cemerlang. Patutlah dia menjadi pelajar kesanyangan Cikgu Arina, guru Bahasa Melayu kami semasa Form 5, semalam ratusan ringgit beliau habiskan untuk membeli karya berunsur sastera.

Dan sememangnya nilai seorang sahabat saya ini, sebuah pertemuan ini, mempunyai seribu makna bagi saya.

2 Respons to “Seorang Sahabat, Satu Pertemuan, Seribu Makna”

  1. muhammadridwanto Says:

    aku dah pesan semalam. Melalui online juga. Ujanailmu.com…pesan pada nisah haron.

  2. peng Says:

    aku linkkan post ni dgn post aku..
    10q so much

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: