Kita Hidup Untuk Beribadah

Hasrat untuk menyiapkan entri ini malam tadi tergendala. Usai tamat usrah malam tadi, saya ke stesen minyak. Mengisi tangki petrol yang hampir kosong, dan saya menepuk dahi untuk kesekian kalinya kerana hanya 7.404 liter sahaja untuk isian RM 20. Pulang ke rumah badan sudah keletihan. Alhamdulillah hari ini selepas pulang dari makmal, saya berkelapangan untuk berblog.

Hampir 4 sesi usrah yang lepas, kami membincangkan tentang bab aqidah. Malam tadi kami memulakan tajuk baru tentang ibadah. Alhamdulillah kini kami dikelilingi oleh ustaz-ustaz graduan timur tengah. Terasa terisi jiwa ini dengan hujah dan tutur kata ustaz-ustaz ini.

Dimulakan dengan Ustaz Daud yang membuka bicara tentang definisi ibadah. Bermula dari kita bangun tidur, sehingga kita tidur, hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Segala perkara yang dilakukan jika ikhlas dan mengikut syariat Allah Taala adalah ibadah. Bertuahkan kita, setiap masa setiap ketika, apa yang kita lakukan jika ikhlas dan mengikut syariat dikira ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Bayangkan jika hanya solat, puasa, zakat dan haji sahaja dikira sebagai ibadah. Seolah-olah segala aktiviti kita seharian selain perkara tadi menjadi sia-sia. Namun, jika kita patuh pada arahannya, semua perkara mendapat ganjaran pahala. Allah Maha Adil kan?

Kemudian Ust Arif merancakkan lagi usrah kami dengan membincangkan firman Allah Taala yang bermaksud:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu”

(Az-Zariyat:56)

Ayat ini Allah menyatakan tentang kewajipan jin dan manusia untuk beribadah kepada Allah. Bagaimana pula dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Haiwan? Tumbuhan? Gunung? Bukit? dan pelbagai lagi makhluk Allah yang lain. Sebenarnya makhluk Allah ini sememangnya beribadah kepada Allah, walhal ia seekor anjing. Walaupun anjing ini dikategorikan sebagai najis mughallazoh, namun kewajipannya sebagai makhluk Allah tetap dilaksanakan. Sebab itu, jika manusia tidak beribadah dan melanggar perintah Allah, dinyatakan manusia ini seperti binatang bahkan lebih teruk daripada itu.

Hari ini saya ke makmal seperti biasa. Apabila tiba di rumah selepas waktu kerja, Lan menyatakan sesuatu

“Ada bungkusan pos ekspress utk mung td”

Alhamdulillah novel Tunggu Teduh Dulu yang saya pesan melalui online sudah saya terima. Cuma sekarang masa untuk saya berdua-duaan dengan si novel yang satu ini.

” Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah”

3 Respons to “Kita Hidup Untuk Beribadah”

  1. peng Says:

    boleh la baca cepat TTD tu…
    aku pun minggu ni nak habiskan Tuhan Manusia…
    lepas tu tunggu komen mu dulu sebelum baca TTD next week…
    selamat berdua-duaan dengan TTD
    jgn sampai ada hok jelous….

  2. muhammadridwanto Says:

    aku tak sempat lagi nak menjamah TTD ni..sibuk kot hahahhaa..
    teruk lah aku ni….tak sibuk mana pun.. aku ni hampeh lah..
    Ya Allah, keluarkan aku dari segala kehampehan dan kebangsatan ini…
    Ameeen ya Allah

  3. Azrul Hisyam Says:

    Ameen, moga ko jgn hampeh2 lg, hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: