Mendung, Gerimis, Hujan

Dari semalam lagi, cuaca di sini terkadang mendung, gerimis dan diikuti dengan hujan. Tidur yang enak dibuai kesejukan malam. Dan yang paling tidak patut, saya bermalas-malasan untuk ke makmal. Namun, rutin itu perlu saya ikuti kerana masalah yang saya hadapi di makmal semalam masih belum selesai.

Hari ini

Mendung…

Gerimis…

Hujan…

Tapi hati saya lagi mendung, gerimis maupun hujan bila menatap gambar ini.

Kalau di letak gambar saya sebagai ‘wanted person’, saya rasa tiada apa yang dihairankan sangat. Kerana saya bukannya golongan ulama’. Saya hanya berkelulusan kejuruteraan yang amat jahil tentang ilmu agama. Tetapi gambar-gambar ini telah menghina golongan yang berilmu, ahli agama, mahupun seorang negarawan. Kerana saya masih lagi ingat pepatah arab yang pernah ditazkirahkan kepada saya sewaktu alam persekolahan:

Sesiapa yang memuliakan orang berilmu, beerti dia telah memuliakan tuhannya

Saya amat jahil tentang agama, namun dengan ilmu tok guru-tok guru inilah saya banyak belajar tentang apa itu agama. Saya amat kurang beramal dengan agama, namun dengan ilmu tokguru- tok guru inilah saya belajar bagaimana mengamalkan agama saya. Saya kagum dengan hemah dan hikmat tok guru-tok guru ini.

Namun, hari ini ada orang mencemuh, ada orang mengeji. Ada orang mencemuh guru saya, ada orang mengeji guru saya.

Pernah juga saya mendengar pantun dua kerat Karam S. Walia

“Terbakar hutan nampak apinya, terbakar hati siapa yang tahu”

Hasrat saya terus berdua-duaan dengan ‘Tunggu Teduh Dulu’ agak terbantut dek gambar ini. Baru tiga bab saya baca. Dan kebetulan bab-bab awal ini, watak utamanya, Salsabila Fahim yang sering diselubungi ‘mendung, gerimis dan hujan’.

Selepas hujan teduh, mentari akan muncul, pelangi akan bersinar…

Dan alhamdulillah, berita terbaru tentang pembatalan konsert Inul amat melegakan hati saya ini.

Satu Respons to “Mendung, Gerimis, Hujan”

  1. muhammadridwanto Says:

    salam,
    aku pun merasai macam ko juga..
    muga2 ada yang terindah di sebalik ini semua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: