Temuduga

Semalam hampir jam 12 malam saya bertanyakan Adzfar di mana letaknya pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JB.

” Jom ah kita gi check!” Adzfar mengajak saya.

Terus saya memanaskan enjin kereta, dan kami menyulusuri tengah malam di bandaraya Johor Bahru. Mencari pejabat SPA, di Bukit Timbalan. Sebelum saya bertanyakan Adzfar, saya telah melihat peta kedudukan bangunan tersebut di internet. Tetapi kedudukannya agak mengelirukan saya. Saya mencari bangunan pejabat SPA kerana pagi tadi, saya perlu hadir untuk temuduga di sana. Jadualnya 8 pagi, jadi saya tidak mahu sebarang masalah yang timbul hanya disebabkan sesat mencari tempat.

Alhamdulillah, pagi tadi saya ke sana tanpa sebarang masalah. Walaupun agak terlewat, tapi masih sempat untuk mendaftar dalam senarai yang ditemuduga.

Saya tidak mengharapkan untuk jawatan ini, kerana saya tahu bagi calon yang masih lagi belajar, sukar untuk diterima dalam tempoh terdekat ini. Cuma, bagi saya sebagai seorang pemegang biasiswa JPA, ketidakhadiran ke temuduga akan disusulkan arahan surat tunjuk sebab oleh pihak JPA. Mahu tidak mahu, saya ke sana bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Tiba giliran ditemuduga. Terasa debaran. Saya terus menerus selawat pada Nabi. Pelbagai soalan ditanya. Dan seperti yang dijangka, status saya sebagai pelajar sepenuh masa sekarang ini mungkin akan membantutkan saya berpeluang mengisi jawatan ini. Tak apa lah.

Dalam hati saya berkata:

“Hari ini saya berhadapan dengan penemuduga tanpa sebarang harapan. Tetapi saya masih terasa debarannya. Bayangkan semasa dihisab oleh Allah di padang mahsyar kelak. Harapan tinggi ke syurga, bagaimanalah mahkamah Allah nanti buat saya.”

Saya mohon ampun atas segala kesalahan saya.

Satu Respons to “Temuduga”

  1. muhammadridwanto Says:

    ampunilah dosa kami Ya Allah..

    p/s: menelusuri (sebutan dan ejaan yang betul)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: