Syukur

Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada Allah.

Hari ini saya merancang ke KL atas urusan perbincangan dengan seorang pensyarah di UTMKL pada pagi esok. Rancangan ke sana dengan kenderaan sendiri. Namun, sejak semalam, kereta saya semacam ada suatu yang tak kena. Bila mengambil selekoh atau ketika memulakan perjalanan, kedengaran bunyi yang kurang enak. Saya agak bearing atau driveshaft yang rosak. Tetapi, kadang-kadang ok je, tak ada apa-apa masalah. Tiada bunyi dari tayar hadapan kereta.

Untuk perjalanan jauh hari ini, saya ke bengkel untuk memeriksa pun kerosakan. Kalau driveshaft rosak, alamat RM350 lah yang melayang. Abang Mail, mekanik kereta cuba memeriksa kereta saya. Tayar kanan hadapan bergoyang sedikit. Agaknya bearing yang rosak.

“Laa, nut ni tak ketat lah!” Abg Mail bersuara.

“Iye?”

“Patutlah yang kau cakap, kejap bunyi, kejap ok” Abg Mail menambah.

“Kalau tak periksa ni, mahu tercabut tayar ni, lagi-lagi kalau kat highway”

Saya bersyukur sangat-sangat, tergerak hati untuk memeriksa kereta, dan tiada apa musibah yang berlaku sebelum ini.

Saya berdoa agar perjalanan saya pada petang ini dan hari-hari mendatang dilindungi oleh Allah taala. Hanya Allah sebagai tempat perlindungan sebagaimana dalam firmanNya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (ALLAH) Pemulihara sekalian manusia. Yang menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekalian manusia”

(An-Nas: 1-3)

Mohon ampun segala dosa saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: