Kembali Fokus

“Salam bang, malam ni kuliah abang kul 9, abg ble?”

Satu SMS memasuki inbox hanset saya. Seorang junior mengingatkan saya tentang kuliah saya pada malam ini. Kuliah setiap hari Selasa ini merupakan medan untuk saya dan adik-adik kampus berdiskusi. Saya memohon berjuta kemaafan kerana terpaksa membatalkan kuliah mingguan ini pada minggu lepas. Saya agak kelam kabut mengemaskan peralatan saya kerana check-in di airport Senai pukul 5 pagi keesokan hari.

“Ok” Saya membalas SMS tersebut

Percutian bersama rakan-rakan di negeri di bawah bayu mengembirakan. Terima kasih kepada Abang Man Perak dan isteri kerana sudi menjadi ‘pemandu pelancong’ kami sepanjang di sana. Terima kasih juga buat Che Yie kerana bersusah payah mengambil dan menghantar kami di lapangan terbang Kota Kinabalu. Syukran kathira.

Ini percutian orang bujang. Orang kata, percutian semasa di alam bujang ini ‘lain’ jika dibandingkan apabila sudah berkahwin. Apa yang lainnya saya tak tahu. Mungkin sekarang bercuti bersama gender yang sama, bila berkahwin sudah pasti gendernya berbeza.

Sekarang tiba masa saya menormalkan diri saya dengan aktiviti rutin harian. Mencari semangat baru. Mengembalikan fokus. Masih terlalu banyak perkara yang belum selesai.

Hari ini saya berkesempatan berjumpa Pak Amrifan, dahulunya pelajar PhD yang kini kembali untuk majlis konvokesyennya. Beliau memberi kata-kata semangat buat saya:

Jika kamu hanya mampu membeli tempe, nikmati hidangan tempe itu seenak-enaknya, nescaya keenakan tempe itu bagaikan hidangan rendang

Bersyukur dengan apa yang saya miliki dan sentiasa bersifat qanaah.

2 Respons to “Kembali Fokus”

  1. Fitrah Hanan Says:

    Ya … Tempe memang enak.

  2. muhammadridwanto Says:

    aku memiliki Gen 2 , tapi kredit dengan bank..aku memliki juga seorang isteri dan seorang anak…pun kredit cuma..dengan Allah….segala2nya , aku memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: