Menulis

Minggu ini saya berkira-kira untuk menulis satu lagi paper untuk dihantar ke conference. Target saya kali ini ialah International Graduate Conference on Engineering and Science (IGCES 2008). Tarikh akhir untuk menghantar abstrak pada hujung bulan ini amat menekankan saya. Oleh kerana masih terdapat lagi data tidak lengkap yang membataskan tulisan saya.

Bagi saya, menulis paper memerlukan tumpuan yang penuh. Ini bukan sekadar assignment biasa bagi seorang pelajar, ini kerana paper mempunyai nilai akademik yang tinggi dan penulisnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang dituliskannya. Melakukan pembentangan kertas kerja di peringkat nasional dan antarabangsa juga merupakan suatu pengalaman yang amat berharga. Selain kita membentangkan hasil kajian kita, kita juga seolah melatih keyakinan, interpersonal skill dan pengucapan awam kita. Dan suatu saat yang manis jika kertas kerja hasil tulisan kita diterima masuk ke sesebuah jurnal terutamananya jurnal antarabangsa.

Mungkin sebulan yang lepas saya diuji dengan nikmat dunia yang terhidang dihadapan mata. Saya diterima untuk bekerja sebagai RnD Engineer di Panasonic. Tawaran ini agak menggugat saya. Fokus saya seakan lari. Saya menjadi keliru seketika. Pelbagai pandangan saya ambil. Namun, keputusan saya menolak tawaran ini saya rasa adalah pilihan yang tepat. Meneruskan tumpuan 100% terhadap pengajian saya, walaupun bagi saya, masalah yang mengganggu kajian saya terlalu banyak. Namun, matlamat asal saya harus saya utamakan.

Terlalu ramai orang bertanya, “Nak jadi pensyarah ke ambil master ni?”

Saya menjawab “Tidak dan ya”

Dunia akdemik bukan dunia pengajaran semata-mata

Saya tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah lagi pada ketika ini. Matlamat asal berkecimpung di lapangan kejuruteraan dan menjadi seorang jurutera masih lagi kuat pada diri saya.

“Nak jadi jurutera tidak usah ada master!” Ujar seorang kawan.

DS Ir. Mohd Nizar : Dari Jurutera ke Lapangan Ummah sebagai Menteri Besar

Ya betul saya setuju. Tawaran kerja saya sebagai RnD Engineer hanya berbekalkan kelulusan ijazah pertama saya juga. Namun, saya masih tidak tahu masa hadapan saya. Saya mahu meneruskan lagi alam pembelajaran. Dan bagi saya, menuntut ilmu patut sepanjang hayat manusia.

Cuma merancang masa hadapan untuk memenuhi cita-cita sebagai seorang jurutera, seterusnya apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya terjun ke dunia akaemik memerlukan suatu keazaman yang tinggi. Saya berharap segala perancangan dan usaha saya tercapai.

2 Respons to “Menulis”

  1. peng Says:

    pilihan yang tepat…
    kalau sudah mula habiskan sahaja…

    aku lebih skuo mu habihkan master dulu…keje.. ni***……

  2. muhammadridwanto Says:

    aku bersependapat dengan Peng. Ko boleh. Mu lah idola ku …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: