Aman Kampung Laman

Saya menghabiskan masa cuti hujung minggu di kampung halaman. Perjalanan JB-Kelantan memang memenatkan. Namun, saya sudah terbiasa.

Aktiviti saya di kampung seolah sudah dirancang oleh adik-adik saya.

“Se, agak-agak pukul berapa sapa? Esok nok gi PC Fair di KB Mall” SMS dari adik saya. Ketika itu, saya berada di Yong Peng, singgah di sebuah masjid untuk solat Isya’.

Dua tiga hari sebelum saya pulang lagi, saya sudah di maklumkan, adik-adik saya merancang untuk buat BBQ ayam di Tok Bali. Begitulah rancangan mereka.

Saya tiba kira-kira pukul 7.30 pagi. Memang meletihkan. Kira-kira jam 11 pagi, abang saya dan isterinya juga sampai di rumah. Kebetulan esoknya dia ada mesyuarat di Kota Bharu dan isterinya pun bercuti. Kali ini keluarga saya cukup korum. Biasanya, saya yang selalu tiada.

Kualitikan masa di rumah.

Rancangan ke PC Fair di KB Mall saya penuhi. Rancangan untuk BBQ bersama-sama juga di penuhi. Seronok dapat bersama-sama.

Tempurung nyior dijadikan arang

Ketam terdampar

Rezeki saya balik kali ini, buah cempedak dan buah salak di dalam kebun baru masak. Memang best!!!

Nikmati alunan lagu dikir Halim Yazid : Aman Kampung Laman

sekali sekalo balik kapong lamae
berasa suka hati pon sene
warih sedaro maro jupo akat tange
ado ceghito banyoklah kenenge

peristiwo lama dok ingat lagi
walaupon kemano jauh tingga gi (2x)
ghaso seghupo baru tinggal takdi

Beghaso nyo sayang nok tiggal lah lagi
baghuh dan bende kapong tepat sedighi
angin alik petae sejuk siyut maghi
dudok sebulae ghaso baru saghi

hidup dalae adat mati dalae berutong
pikiran sepakat tulong menulong
kato kato bulat sanjong menyanjong
semo khijo berat pakat la junjong
ghaso selamat dudok dalae kapong

biarlah seghemo oghae pakat kata
kapong tok guno takdok apa apa
disini sekalo banyok nyo rahsia
bebas terbuka hidup milik kita

biar tughun huje emas permata
senae tepat oghae mudah kaya raya
batu lembing tajae turun pat kita
susah tokleh makae hidup sesoak seksa
tetap lah sayae tepat sediri lah juga

sekali sekalo balik kapong lamae
berasa suka hati pon sene
warih sedaro maro jupo akat tange
ado ceghito banyoklah kenaenge

hidup dalae adat mati dalae berutong
pikiran sepakat tulong menulong
kato kato bulat sanjong menyanjong
semo khijo berat pakat la junjong
ghaso selamat dudok dalae kapong

Beghaso nyo sayang nok tiggal lah lagi
baghuh dan bende kapong tepat sedighi
angin alik petae sejuk siyut maghi
dudok sebulae ghaso baru saghi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: