Bersemangat

Saya tidak pernah mengenali Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dari UiTM Johor. Cuma, suatu ketika dahulu, saya telah dikenalkan oleh seorang sahabat tentang blog kepunyaan Prof Dr Muhd Kamil ini, hati saya memang ‘melekat’ padanya. Setiap hari, sebelum saya memulakan kerja, blognya akan saya kunjungi sebagai motivasi pagi buat saya.

Enti terbaru beliau bertajuk ‘masa‘ seolah mendatangkan suatu semangat untuk saya. Sekian lama saya mandom dalam pengajian saya. Buntu. Namun, tulisan beliau kali ini amat baik. Saya teruja.

Semalam saya menerima letter of acceptance dari pihak urusetia National Conference on Design and Concurrent Engineering 2008 (DECON 08). Alhamdulillah abstrak yang saya hantar 2 bulan yang lalu diterima untuk oral presentation. Conference yang bakal diadakan di Avillion Legacy Hotel Melaka pada 28 dan 29 Oktober nanti sekali lagi akan menguji kemampuan saya menyaksikan persembahan kertas kerja saya.

Saya mengambil kata-kata Prof Dr. Muhd Kamil :

PhD adalah kisah manusia menghadapi rintangan dan ujian. Ia bukan semata-mata soal akademik

Bagi saya, seorang pelajar sarjana penyelidikan, metodologi kajian yang hampir sama dengan pelajar PhD juga memberi pelbagai rintangan dan ujian. Memang benar, ia bukan soal akademik semata-mata. Ia juga melibatkan seluruh penumpuan kehidupan terhadapnya. Perlunya matlamat dan semangat ketika menyelusuri bidang ini. Jika tidak, tersungkur!

Semalam juga saya mendapat khabar istimewa. Satu kertas kerja tulisan saya yang disunting oleh supervisor saya, akan dibentangkan oleh seorang Profesor pelawat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM pada persidangan antarabangsa di China September ini. Saya begitu teruja. Mungkin ada rezeki kertas kerja saya dibentang di international conference.

Namun, 2 berita baik ini perlu saya ikuti dengan persiapan yang sebaiknya.

1) Menyiapkan full paper untuk dihantar ke sekretariat DECON

2) Menyiapkan slide presentation untuk Prof Elsayed Ali Orady

2 Respons to “Bersemangat”

  1. Shinobi D. Awan Says:

    aku nak cari mana semangat aku nih?

  2. Azrul Hisyam Says:

    atah enta! (sambil menghulur tangan gaya karam s.walia)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: