Kapal MISC Dirampas Lanun

Terkejut saya mendengar berita ini semalam; Kapal kepunyaan MISC Berhad, MT Bunga Melati Dua di rampas oleh sekumpulan lanun di Teluk Aden. Setakat ini, pihak MISC telah menubuhkan skuad khas bagi menangani seranan lanun terhadap MT Bunga Melati Dua ini.

Saya secara peribadi mengharapkan ahli keluarga anak-anak kapal banyakkan bersabar dan terus berdoa semoga semuanya selamat.

Kenangan saya dan rakan-rakan di atas kapal LNG kepunyaan MISC yang berlabuh di Pasir Gudang

12 Respons to “Kapal MISC Dirampas Lanun”

  1. erdawaty bte ismail Says:

    suami saya baru on kapal bunga kelana 9 semalam..saya bimbang dan selalu mengikuti perkembangan terkini.t.kasih…

  2. nuris Says:

    husband sy pon last week on tenaga lima..agak risau dgn keselamatan beliau..hrp tiada apa yg berlaku..klu ade berita ttg kpl melati ni hrp blh inform sy..

  3. Azrul Hisyam Says:

    kita bykkan doa dan pengharapan pada Allah. moga kedatangan Ramadhan akn mmberi suatu khabar gembira utk kita

  4. popularopinion Says:

    Beberapa perkara perlu difikirkan

    1. Di manakan DS Najib?
    2. Menempatkan kapal friget TLDM di perairan Yaman dan Somalia
    3. Di manakah PDRM? Katanya antara pasukan polis terbaik di dunia.

  5. zahore Says:

    sy pelik macamane lanun tu bleh naik kpl sedangkan kpl tngh belayar n anak kpl berjaga 24 hrs megawasi keadaan..lanun pulak educated bleh pdm detector/radar selepas tawan kl tu..sama2lah kita doakan mereka slamat

  6. kokolala Says:

    jgn le naik kapal.byk lg keja boleh buat.org bodoh je naik kapal ni.misc apa lg naik laa gajiii!!!!

  7. j4l4k Says:

    Aku pun risau juga kawan2 ramai kerja kapal MISC.Aku tengok kerajaan dan bersungguh2 berusaha hal ini sibuk dengan Anwar dan politik tahi kucing

  8. ain Says:

    Salam, saya pun sedang mengikuti perkembangan terkini kisah ini. Suami saya antara navy yang dihantar untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang ditawan itu. Moga-moga mereka semua selamat. Moga ramadhan memberi sinar pengharapan kepada kita semua di atas keberkatan Illahi..Amin

  9. Sue Says:

    Untuk pengetahuan semua, adik sue dalam tahanan lanun, Kapal Melati 5, Kami sekeluarga amatlah risau keselamatannya, tambah-tambah lagi mak kat kampung, air mata selalu mengalir, tak kira waktu dan tempat. Di bulan yang mulia ini mohon semua mendoakan agar anak-anak kapal dalam tahanan semuanya selamat dan proses perundingan berjalan dengan cepat dan semua anak-anak kapal dibebaskan dengan segera.

  10. sofeajane Says:

    spupu saya pon ade jugak kt dlm kapal tu…dgr citer bkn cedera ringan..
    mintak2 lah lanun tu terbuka hati dia nk bebaskan mereka smua

  11. ain Says:

    Ye la marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka yang ditawan agar lanun2 durjana dapat dihapuskan. Bulan RAmadan bulan yang paling mustajab untuk kita berdoa.

  12. zul Says:

    lanun ni pandai.dulu saya pun penah kena lanun tp lanun indon jer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: