Sementara

Garang dan pongah!

Itulah sikap sang matahari. Di sebalik kelembutan matahari itu, tersorok kegarangan dan kepongahan yang merupakan peribadi dan jatidiri matahari yang sebenar kerana ianya juga bukan suatu yang hakiki. Cahaya matahari semakin panas, memercikkan cahaya dan bahang ke atas si embun.

Menggenggam matahari

Malam tadi suasana memang sejuk. Maka lahirlah si embun di celah-celah tumbuhan menghijau. Awal pagi tadi saya keluar dari rumah, rancangnya memenuhi jemputan bersama adik-adik kampus di Taman Rehlah Impian Emas. Sedang menunggu enjin kereta panas, saya merenung kepada si embun.

embun yang damai

Butiran embun semacam terus berusaha menggamit matahari sambil berteriak supaya didengar oleh matahari pagi yang begitu lembut dan lunak. “Kekalkan kelembutan dan kelunakan kamu wahai sang mentari” Mungkin itu teriakan si embun fikir saya.

Selesai saya berkongsi pengalaman bersama adik-adik, terus saya pulang. Matahari pun agak meninggi. Tiba di rumah, tiada lagi si embun pagi tadi.

Mungkin si embun sedar, kewujudannya hanya sementara. Ia akan musnah juga akhirnya. Dimusnahkan oleh matahari yang tadinya memberi keseronokan dan kebahagiaan yang amat sangat. Mungkin ia juga menyedari, pemberian tadi sebenarnya bukan keseronokan dan kebahagiaan yang hakiki.

Kisah si embun mengingatkan kesementaraan kehidupan kita. Embun pagi yang cantik akan mulai mengecil melawan sinaran matahari. Peribadi embun mula sirna. Dan sedarlah ia, bahawa ia hanya menumpang di hujung rumput.

Kesementaraan adalah diantara detik kelahiran dengan detik kematian. Hanya sesudah itulah baru wujudnya keabadian – Shahnon Ahmad-

2 Respons to “Sementara”

  1. Shinobi D. Awan Says:

    Pongah? Pongos?

  2. Azrul Hisyam Says:

    yolah..pongos bahaso klate, pongah ikut surat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: