Menang Bukan Beerti Benar

Saya mengikuti perkembangan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Kemenangan sudahpun diperoleh dari pihak DS Anwar Ibrahim dengan majoriti yang besar. Apa pun saya secara peribadi mengucapkan tahniah atas kejayaan ini.

Saya juga mengikuti beberapa komen yang terdapat di blog-blog dan seumpamanya, pastinya akan keluar kenyataan iaitu “Dengan kemenangan ini, ternyatalah Dato, di pihak yang benar”. Saya bukan mempertikai sama ada DSAI itu benar mahu pun tidak. Kata-kata ini saya banyak kali dengar, terutama selepas PRU 11 pada tahun 2004 dan semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan suatu ketika dahulu. Masih jelas pada ingatan saya apabila Hanafi Mamat memenangi pilihanraya kecil Pengkalan Pasir itu, maka keluarlah kenyataan bahawa kemenangan Hanafi itu sebagai bukti beliau di pihak yang benar.

Dalam sistem demokrasi ini, menang bukan beerti benar, kalah bukan dipihak yang batil.

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor pernah menyatakan bahawa kebenaran itu bukan terletak kepada majoriti. Tetapi kebenaran yang nyata adalah terletak kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Menang pilihanraya, namum, tindak tanduk tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah, ia tetap di pihak batil.

Kisah Nabi Yusof A.S menukilkan bahawa, walaupun Nabi Yusof di pihak yang benar, namun dia tetap dipenjarakan. Dan banyak lagi kisah perjuangan pejuang Islam yang dipenjara dan dikenakan pelbagai tindakan oleh pemerintah walaupun mereka dipihak yang benar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: