Woh Kekoh Caa

Saya menerima banyak emel tentang ketibaan bulan Ramadhan yang akan tiba kurang seminggu lagi. Emel-emel ini seolah menyemarakkan lagi semangat Ramadhan di antara kita. Antaranya tentang petikan ucapan As-Shahid Imam Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan dan banyak lagi.

Bila tiba bulan Ramadhan, bermulalah pesta ibadah bagi ummat Islam. Yang menariknya juga, Kelantan yang terkenal dengan Negeri Serambi Mekah akan mula didatangi warga luar Kelantan. Datang untuk menikmati indahnya beribadah, solat berjemaah, solat sunat tarawikh, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi bersama-sama Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Bulan Ramadhan juga dijadikan peluang untuk menambah pendapatan sampingan. Bazar Ramadhan yang dibuka menggamit pengunjung. Kelantan juga terkenal dengan pelbagai kuih-muihnya, akan menjadi meriah. Namun, seingat saya, keluarga saya tidak pernah membeli kuih muih di bazar Ramadhan. Semuanya buat sendiri. Jimat dan puas hati. Dan saya juga tidak akan melupakan suasana membuat kuih “Woh Kekoh Caa” bersama adik-adik saya.

Woh Kekoh Caa @ Onde-onde @ Kuih Buah Melaka

InsyaAllah Ramadhan tahun ini, saya akan memulakan ibadah puasa di rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: