Moga Berjaya Anak Merdeka!

Kenapa Ma lambat ambil saya malam ni. Saya masih lagi menunggu

“Se, mai balik ngan Pok Cik” Tok Penghulu Hassan mengajak saya balik ke rumah bersamanya. Saya melangkah naik motor beliau. Terus memecut pulang ke rumah.

Peristiwa hampir 12 tahun lepas masih lagi saya ingat.

12 tahun yang lalu, seperti biasa saya ke kelas malam. Persiapan untuk menghadapi UPSR bagi pelajar darjah 6 tahun 1996. Dan seperti biasa, Ma akan menjemput saya setiap malam dengan motor honda lampu bulat kami, DE 8949. Malam itu, puas saya menunggu, yang menjemput saya penghulu kampung yang kebetulan menjemput anaknya yang sekelas dengan saya semasa kelas malam.

Pulang ke rumah, ada beberapa orang kat rumah.

“Mung balik ngan sapo?” sapa mak saudara

“Tok Ngulu Ase” saya balas

“Ma mung sakit perut nak beranak, duk klinik desa Jelawat”

Malam tu, saya tersenyum. Nak dapat adik barulah katakan.

Pagi esoknya, ayah saya membawa pulang, adik lelaki bongsu saya. Hari ini 31 Ogos, hari kemerdekaan. Ooo..anak merdeka lah ni!

Za’imuddin

Tahun ini, setelah 12 tahun, adik saya pula yang akan mengambil UPSR. Kenangan darjah 6, tidak saya lupakan. Cuma saya ucapkan selamat menduduki UPSR 2008 dengan jayanya. Semoga berjaya dan menjadi ‘pemimpin agama’.

Selamat Hari Merdeka!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

2 Respons to “Moga Berjaya Anak Merdeka!”

  1. Hamasyie Says:

    supo abe dio…

  2. zaqwan Says:

    Salam merdeka……salam ramadhan….=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: