Rampasan Kapal, Semangat Merdeka dan Ramadhan

Nikmatnya dapat berpuasa bersama keluarga. Menikmati pemberian Allah untuk bersama sekali lagi Ramadhan tahun ini. Permulaan Ramadhan sebagai seorang hamba sepatutnya saya dan anda sekalian merebut segala nikmat dan kemuliaan yang ada padanya.

Dari segi suasana semasa, saya terasa permulaan Ramadhan dengan beberapa isu dan peristiwa yang agak menceriakan dan menyesakkan dada.

Saya ceria dan gembira, bersahur, berbuka, bertarawikh dan lain-lain di kampung halaman. Namun, dada saya masih sesak tentang beberapa isu yang mencengkam jiwa saya.

Rampasan kedua Kapal MISC oleh lanun

Belum lagi masalah Bunga Melati Dua dapat diselesaikan, saya terkejut lagi! Kapal Bunga Melati Lima juga kepunyaan MISC Berhad dirampas oleh lanun di kawasan yang sama Bunga Melati Dua. Ini krisis tawanan rakyat Malaysia terbesar melibatkan rakyat Malaysia. Ini nyawa rakyat kita. Ini bukan isu politik. Namun, saya masih belum meihat tindakan yang baik dan berkesan dari pihak kerajaan mengatasi masalah ini. Mungkin ini strategi, membebaskan tawanan tanpa menyiarkan maklumat semasa kepada umum, saya tidak tahu.

Saya berpusa bersama keluarga. Namun, peritnya perasaan ahli keluarga anak kapal ini, nasib anak kapal entah bagaimana lagi.

Merdeka dan 10 tahun sebelum merdeka

Kali kedua saya menonton filem dokumentari “10 Tahun Sebelum Merdeka” arahan fahmi reza. Kali pertama menonton pada tahun lepas semasa tayangan perdana Freedom Film Festival di Johor Bahru. Memang dokumentari ini perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apa yang saya belajar melalui silibus matapelajaran sejarah di sekolah, tiadanya fakta sebegini.

Saya belajar sejarah untuk mendapat ‘A’ dalam SPM. Alhamdulillah itu saya dapat. Tapi saya silap. Sejarah adalah asal usul kita di bumi Malaya. Saya rasa dimanipulasi (baca:tertipu) dengan sistem silibus sejarah yang saya peroleh ‘A’ dalam SPM.


Ramadhan Kareem

Bulan ini penuh berkat. Maka rugilah saya mensia-siakannya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: