Nak Tulis Apa Ye…

Fikiran saya sedang buntu sekarang ni. Sudah dua malam saya mengadap laptop ni sampai ke pagi. Saya pun tidak faham, kegilaan apakah supervisor saya yang membutuh saya menyiapkan satu lagi paper. Minggu lepas saya telah hantar 2 paper kepadanya untuk direview oleh beliau sebelum dihantar ke sekretariat konferen. Kali ini, saya perlu siapkan satu lagi paper. Katanya untuk dihantar ke konferen antarabangsa di Bali hujung tahun ni untuk beliau bentangkan. Kalau saya diajak bersamanya takpe lah jugak…adoyaii.

Bila sudah buntu, blog menjadi peneman saya untuk coretkan sesuatu. Pagi semalam, usai solat Subuh, saya menghantar sms kepada beberapa kawan saya. “Tolong send 1 sms tazkirah buat saya” Alhamdulillah beberapa sms tazkirah masuk ke dalam inbox hanset saya. Saya teliti satu persatu sebagai muhasabah diri. Ada yang nasihatkan saya membaca Al-Quran.

Hiasan: Budak ni bukan baca Al-Quran ni

Paper harus disiapkan hari ini juga. Siang nanti perlu dihantar.

Hari ini turn saya menyediakan hidangan. Sekejap lagi saya perlu sediakan juadah bersahur. Cuma tanak nasi, panaskan lauk berbuka yang saya masak tadi; gulai kunyit ikan kering dan goreng ayam yang masih berbaki di dalam peti.

Entri ni boleh dikategorikan sebagai entri melalut…haha

ise

Taman Universiti

8 Ramadhan, 4.45 a.m

3 Respons to “Nak Tulis Apa Ye…”

  1. peng Says:

    sedap nyo hulai kunyit ikan kering tu.. campur buah nanas lagi sodap…
    tambah budu skit pasti menyelerakan dengan ulam timun ke..

    poso ni kecek pasal make jah deh…
    hei.. ni buke pesta makan la

  2. muhammadridwanto Says:

    Sabarlah, sekurang2 nya ko tahu apa yang ko buat…

  3. hiten mitsurugi Says:

    takpe sekali sekala jadi melalut, lebih baik dari jadi gile..

    haha, teruskan usaha mencapai impian.. Moga Allah permudahkan urusan nta sekeluarga (opps..)

    gambatte!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: