Ramadhan Hampiri Penghujung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramadhan kali ini sudah menghampiri ke penghujungnya. Saya rasa masih terlalu banyak kekurangan untuk ramadhan kali ini. Sudah pasti detik ini kita memburu lailatul qadr. Saya perlu istiqamah dengan amalan saya dari mula ramadhan dan terus menerus hingga akhir hayat saya.

Sedikit coretan hujung minggu. Petang tadi saya berkesempatan bersama pemuda PAS kawasan Gelang Patah untuk mengedar serba sedikit barang keperluan harian kepada fakir miskin di sekitar sini. Semalam saya juga sempat berbuka bersama rakan sekuliah saya masa undergraduate dahulu. Kami ke JB menikmati hidangan buffet. Ini kali pertama saya merasa hidangan buffet. Saya rasa macam biasa je…sedap lagi nasi ayam yang saya buat…hehehe

Menunggu waktu berbuka. Fikiran saya agak bercelaru melihat suasana manusia yang bersesak untuk berbuka. “Ni nak berbuka puasa ke nak gi disko @ berkaraoke?” keluh saya pada seorang teman.

Aduh, memang menyesakkan. Pakaian yang terdedah sana-sini. Macam nak berpesta. Saya bersangka baik, saya rasa mereka berpuasa, tapi hormatlah bulan Ramadhan ni!!! Saya juga perhatikan mereka, sehingga waktu isya’, masih lagi tidak berganjak. Kali ini susah untuk saya bersangka baik. Sah mereka tak solat Maghrib. Cuma ada sedikit dalam hati, mungkin mereka musafir kot…

Tapi, saya jugak keliru, ada juga pengunjung, pakaian ala-ala ‘ahmoi chantek’, tapi alhamdulillah mereka bersolat maghrib. Yang saya keliru kerana, mungkin urusan agama bagi mereka ini puasa, solat , haji, nikah kawen,…bla bla bla..bersumpah (ooppss). Tapi urusan lain tidak bagi mereka.

Siang tadi juga, kesempatan hujung minggu saya ke Layang-layang. Di sana ada industri kerepek. Saya sedikit berbelanja untuk dibawa pulang sempena lebaran ini. Tambahan pula, mak saudara saya ada meminta saya membawa pulang kerepek untuknya juga.

Akhir kata

Beramalah dengan luar biasa pada 10 malam yang luar biasa ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: