Balik Kampung, Selamat Hari Raya Eidulfitri

InsyaAllah malam ini saya akan pulang ke kampung sempena hari raya yang bakal tiba. Tak sabar rasanya. Hampir sepanjang minggu ni fikiran hanya teringat kat rumah. Cuma saya ingin nasihatkan kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri yang pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri, hati-hati dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang!

Terasa amat kuat juga ini Ramadhan terakhir saya di UTM. Saya masih lagi berharap, rezeki saya masih lama di UTM ni. Namun, saya juga harus menimbang juga masa depan saya. Kadang-kadang, saya rasa rezeki saya agak ‘murah’. Tetapi kemurahan rezeki ini Allah datangkan sekali dengan kegusaran di hati ini. Saya amat terhutang budi dengan penyelia saya. Setiap kali berjumpa dengannya saya akan kaku. Masih lagi tidak terucap untuk menyatakan sesuatu. InsyaAllah selepas raya saya akan kembali ke sini. Berjumpa dengan kawan-kawan, penyelia saya, staf makmal, ustaz-ustaz dan semuanya.

Apa-apa pun, suasana keghairahan hari-hari terakhir Ramadhan dan awal Syawal, harus saya dan rakan-rakan semua insafi. Seperti kebiasaan, selepas pulang solat subuh, saya akan menonton slot Al Hidayah di TV3. Sememangnya, di akhir Ramadhan ini, pengisian lebih kepada muhasabah di akhir Ramadhan dan peringatan untuk menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran dan sebagainya.

Sama-sama kita pertingkatkan amalan di akhir Ramadhan. Dan jangan lupa, ibadah sunat yang dianjurkan oleh Islam apabila kita menyambut Syawal. Alangkah baik jika kita menghidupkan malam Syawal dengan bersolat Tasbih dan bertahajud pada 2/3 malamnya. Kerana jika kita menghidupkan malam Syawal insyaAllah, Allah akan menghidupkan hati-hati kita di kala Allah mematikan hati-hati manusia yang lain.

Amalan sunat di pagi raya dengan kita mandi sunat aidilfitri, seterusnya menunaikan solat subuh. Juga kita digalakkan bersarapan pagi sebelum ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Mendengar khutbah raya merupakan amalan sunat yang amat digalakkan, waima kepada muslimah yang dalam keaadaan uzur pun disunatkan untuk mendengar khutbah ini.

Tadi gaji untuk bulan ini dah masuk, bolehlah saya sedikit berbelanja dan menyediakan duit raya. Walaupun masih belum mempunyai anak buah, namun masih ramai sepupu dan saudara saya yang masih kecil.

Kepada kawan-kawan, jemput datang ke rumah saya hari raya ni.

Akhir sekali, selamat pulang ke kampung (bagi yang ada kampung..hehe) dan selamat hari raya eidulfitri.

Maaf Zahir Batin

Dari saya Azrul dan keluarga

tambahan, ni peta rumah saya, lakaran 1 minit (pantas dan comot)

Satu Respons to “Balik Kampung, Selamat Hari Raya Eidulfitri”

  1. aremalzz Says:

    abe azrul ngaji UTM skudai ko? Join PMI dop?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: