Terima Kasih

2 minggu yang amat meletihkan. Dunia baru bagi saya. Beralih dari dunia akademik kepada dunia pekerjaan. Ramai yang bertanya macamana dengan pengajian master saya. Saya hanya mampu tersenyum, cuma kadang-kadang ada juga yang saya jawab:

“Isi dalam beg, campak ke selat tebrau!”

Kalau diikutkan, pegawai baru tidak akan mendapat cuti pada bulan pertama. Saya memberanikan diri untuk meminta cuti dari Pengarah untuk saya ke Avillion Legacy Hotel Melaka untuk saya membentang kertas kerja saya yang telah saya daftarkan 4 bulan yang lepas. Alhamdulillah cuti saya diluluskan.

Kebetulan penyelia master saya menelefon saya untuk mendapat kepastian kehadiran saya ke conference tersebut.

Tiba di Melaka awal subuh. Tiada kawan2 di Melaka, saya singgah di surau untuk membersih diri, solat subuh dan bersarapan. Kemudian menaiki teksi menuju hotel tempat conference dijalankan. Badan yang agak letih kerana tidak dapat tidur dengan elok, salah saya juga terlupa membawa baju sejuk. Memang kesejukan!

Menanti waktu petang untuk giliran saya memang membosankan. Sempat juga bertanya dua solan kepada pembentang yang lain semasa pembentangan mereka.

Tiba giliran saya, Alhamdulillah lidah lancar berkata-kata dengan bahasa inggeris versi kelantan. Saya juga diajukan 4 soalan. Alhamdulillah saya mengemukan jawapan dan saya yang dapat lihat pada muka yang menyoal satu kepuasan. Saya pun puas hati. Apabila selesai saya membentang kertas kerja, pengerusi majlis sempat berseloroh di dalam bilik conference. “mungkin bila kita memasak, kita akan teringatkan wajah pembentang kita”. Saya hanya tersenyum.

Petang saya mengambil tiket untuk ke JB. Dengan harapan dapat berjumpa dengan penyelia keesokan hari. Walhal conference masih berbaki sehari lagi. Namun saya hanya punya 2 hari cuti untuk menyelesaikan segala urusan master saya.

Berada di UTM, saya diberi semangat oleh staf-staf makmal untuk berusaha menyelesaikan pengajian saya. Difikir-fikirkan memang agak rumit. Dua komitmen dalam satu masa. Kekangannya masa dan tempat. Satu komitmen di utara dan satu lagi di selatan tanah air. Komitmen di timur dan barat masih belum dikira.

Namun saya berterima kasih kepada semua orang yang memahami kekangan saya terutama penyelia master, pengarah ikbn jitra, staf-staf makmal pengeluaran utm, dan semua kawan2 saya.

2 Respons to “Terima Kasih”

  1. ZulFyiZan Says:

    Semoga berjaya kedua2nya….

  2. lotfijapar Says:

    komitmen depan belakang kiri kanan… you will find something over the rainbow… terus melangkah ke depan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: