Jadilah Manusia Yang Memberi Manafaat

 

Menurut maksud hadis, apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan doa anak yang soleh. Dalam usia yang muda ini, saya tidak mempunyai sebarang harta untuk dimanafaat kepada ummah. Ingin memanafaatkan ilmu tentang agama, diri saya amat jahil. Kadang-kadang terasa amat jahil apabila membaca diskusi dalam googlegroup saya, rata-rata yang perpendidikan agama memberi pandangan masing-masing tentang agama.

Saya hanya belajar asas-asas agama dan bahasa arab ketika di sekolah menengah. Namun apabila kita belajar hanya untuk mendapat A, maka ilmu itu hanya pada bukunya, bukannya terlekat di dada. Cemburu melihat kawan-kawan berpendidikan agama yang mempunyai keyakinan dan pendirian tentang agama. Ilmu mereka bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, bahkan dapat memberi manafaat kepada orang lain. Lihat sahaja ulamak-ulamak yang mampu menghasilkan tulisan yang dibukukan. Tulisan mereka amat bermanafaat kepada ummah.

Saya pula hanya mampu menulis sesuatu dalam bidang saya; bidang kejuruteraan. Setakat ini baru 2 tulisan kertas kerja saya dimuatkan dalam prosiding; COMET 2008 dan DECON 2008. Untuk waktu terdekat saya menunggu kertas kerja saya termuat pada prosiding persidangan di Bali (APIEMS 2008) dan prosiding persidangan di USA (NAMRC 2008). Itu sahaja yang saya mampu untuk waktu ini. Semoga hasil kajian dan tulisan saya dapat memberi manafaat kepada Islam dan ummat manusia keseluruhannya.

4 Respons to “Jadilah Manusia Yang Memberi Manafaat”

  1. lan Says:

    usaha lagi bos……mampu doh tu…

  2. muhammadridwanto Says:

    tahniah, ko memang pegawai kerajaan yang berdedikasi..ameen

  3. alotja Says:

    tapi klu cam aku ni hidup xde wawasan… nk bt guane??? xde manfaat langsung…

  4. Azrul Hisyam Says:

    cuci tahi lembu atas jalan nk gi umah lipar ada manfaat jugok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: