Singgah

 

Singgah di Ampang, dari Temerloh menghadiri Seminar Kecemerlangan Tenaga Pengajar IKBN Se-Malaysia 2008. Walaupun rombongan dari Jitra terus pulang, namun saya beralih haluan ke KL untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

 

Seminar 3 hari cukup memberi kesempatan untuk saya meluaskan rangkaian kenalan terutama dengan pengajar-pengajar dari tempat lain. Kesempatan juga untuk saya beramah dengan TKSU Kementerian Belia dan Sukan buat kali ke-3. Pertama kali bertemu ketika saya menyertai Konvensyen Meningkat Mutu Kerja di Batu Feringgi, dan diikuti dengan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Langkawi yang dipengerusi oleh beliau. Pada saya, saya mengagumi beliau yang petah berkata-kata, mesra dan ramah.

 

Di Ampang, merupakan tempat lojing saya, boleh kata dalam sebulan dalam 2-3 kali saya akan singgah di sini. Bagi saya selesa di sini. Tak perlu saya menyewa hotel untuk menginap. Ianya lebih selesa berbanding hotel. Walaupun ini rumah orang bujang, namun ianya dijaga dengan begitu rapi, bagaikan wujud mak dan ayah dalam rumah ini. Jika ada je ‘sampah’, pasti ada yang ‘membebel’.

 

Hari ini, menyiapkan proposal yang akan dibentangkan di kementerian esok. Harap-harap proposal ini dipertimbang dan

Saya selesa di sini.

5 Respons to “Singgah”

  1. ridwanto Says:

    Tahniah saudara. Kau memang hebat. Semoga JUSA akan mudah ko perolehi….

  2. akok kedut Says:

    bermula tahun baru masihi…rumah tumpangan ampang akan menyewa bilik special di master bedroom utk memudahkan setiap pengunjung yg datang ke sini..kadar bayaran tidak la semahal hotel 5 bintang..cukup la harga membr..trimas

  3. Azrul Hisyam Says:

    ok..nanti aku tido di ruang tamu..master bedroom hok kena caj kan

  4. akok kedut Says:

    xdok hal
    ruang tamu muroh skit…

    weh..update la blog ni….xdok isu ker???

  5. Hamasyie Says:

    lamo benar tok update!
    labbo banyok doh ni..
    (Baco caro jaha Budok Kelantan)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: