Muslim Profesional

Kembali sahaja dari bercuti di kampung, saya terus ke pejabat memulakan kerja. Di sini tiada cuti tahun baru, jadi saya memulakan kembali rutin kerja di awal tahun baru masihi 2009.

Tiba sahaja di pintu pejabat, terpapar notis mesyuarat pengurusan jabatan kali pertama untuk tahun ini. Biarpun mesyuarat pengurusan ini adalah yang pertama sekali saya hadiri (biasanya dibuat 4 kali setahun melibatkan semua staf jabatan) saya buat-buat relaks je. Tapi apa yang mengejutkan saya, mesyuarat ini diadakan jam 8.30 pagi, 1 Januari 09.

cf52009_lg

“Hari ni!”

Saya terus ke meja dan kelihatan beberapa notis mesyuarat dan satu minit mesyuarat pengurusan yang terdahulu. Saya mengamati minit mesyuarat tersebut.

“Ya Allah, saya perlu bentangkan laporan Bahagian Kemahiran dalam mesyuarat ini!”

Walhal ini mesyuarat pengurusan pertama saya. Last minit baru tahu, kalau saya dimaklum awal, banyak persiapan yang boleh dibuat. Tapi saya tak boleh kata apa kerana sejak 18 Disember lagi saya outstation, dan hanya memulakan kerja di awal tahun baru.

Buat-buat relaks je…

Draf laporan dibuat dalam masa yang singkat. Alhamdulillah bila tiba giliran Bahagian Kemahiran membentangkan laporan, tiada apa-apa masalah.

Azam Baru

Apabila kita berada di atas, mengetuai satu-satu pasukan, kita seharusnya menjadi qudwah hasanah kepada pasukan kita. Bekerja secara profesional. Meningkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan. Namun, yang paling penting, lunas dan ajaran agama seharusnya menjadi asas dalam urusan harian dan kerjaya kita. Barulah kita menjadi “Muslim Profesional”

phpthumb_generated_thumbnail

Di akhir mesyuarat pengurusan, saya membangkitkan cadangan untuk jabatan mengadakan majlis doa selamat sempena tahun baru dan semester baru pengajian. InsyaAllah program ini akan dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar baru dan lama yang akan memulakan pendaftaran pada 6 Januari ini.

Semoga kedatangan tahun baru hijrah dan tahun baru masihi memberi rahmat kepada alam

Catatan: Saya mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman zionis israel laknatullah yang menyerang rakyat palestin di gaza

7 Respons to “Muslim Profesional”

  1. muhammadridwanto Says:

    Ko memang hebat

  2. Shinobi D. Awan Says:

    Power3x!

    (selepas leper dgn Bro Raff)

  3. mohd alif Says:

    ustat…mu makin comel…aku dah ada anak pompuan…lahir bulan 11 hari tu…

  4. T-mutiara Says:

    semoga berjaya dunia dan akhirat.

  5. akok kedut Says:

    xupdated blog ker en blogger

    lama dah isu ni

    byk perkara menarik yg berlaku ni

  6. Azrul Hisyam Says:

    koya sibuk loni

  7. akok kedut Says:

    mmg…
    tahu la duk perabis minyak kete baru lening
    bile bulehnyer aku nak rase naik kete baru…mu sapa bile sini???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: