Saya Keletihan

Memang seronok menjadi student. Hidupnya riang, seolah tanpa sebarang masalah.

“Apa lah yang seronoknya?” Tanya seorang rakan.

“Waktu jadi student, ada exam, final projek, bla..bla..bla..”

“Duit pula selalu kering, x cukup!” beliau menambah

Duit Bukan Segalanya!!!

Hampir 8 bulan saya bekerja. Kerja pula dengan kerajaan. Ramai yang kata saya beruntung sebab dapat masuk kerajaan ketika ekonomi dunia sedang jatuh, nak kerja swasta susah dapat.

Saya rasa baru sahaja saya bekerja. Memang cepat waktu berlalu. Tapi badan dan jiwa saya letih. Bekerja tidak seseronok belajar. Dan sekarang saya juga seorang pelajar.

Semester ini saya daftarkan sebagai pelajar separuh masa. Namun, semacam bukan pelajar separuh masa, tapi tiada masa untuk belajar. Saya rindu dengan lab, saya rindu dengan skill penulisan kertas kerja, saya rindu tentang segalanya sebagai pelajar.

Tapi saya keletihan.

Perancangan untuk menyambung eksperimen saya telah dirancang lama. Terlalu banyak kali kalendar di pejabat saya semak. Memikirkan waktu yang sesuai untuk bertandang ke UTM.

“Ko kerja kat mana sekarang?” Tanya seorang juruteknik lab

“Kedah” Saya jawab ringkas.

“Wah jauhnya!”

Saya hanya tersenyum.

Perancangan saya untuk mendapatkan cuti seminggu (5 hari bekerja) saya rasa itu angan-angan kosong. Bos takkan luluskan cuti saya.

Ya! 1 Mei hari Pekerja, Ahad saya cuti. Saya mengisi borang cuti rehat, mencuba nasib untuk ‘bercuti’ sekadar 3 hari. Alhamdulillah, cuti lulus!

Maka, cuti saya dari hari Isnin sampai Rabu sahaja. Khamis sepatutnya saya sudah mula sambung bekerja. Niat dan perancangan untuk mengambil cuti kecemasan pada hari khamis…huhu.

——————–

24 April

Saya masuk pejabat, pagi-pagi lagi sudah ada surat dimeja. Ada catatan pada surat

“En. Azrul, saya dah call bos, dia minta en azrul ganti dia”

Ada meeting 25 April di Putrajaya. Aduhh..kerja berlambak, meeting apa pulak ni!

Sepatutnya saya perlu ke putrajaya pada 27 April untuk menghadiri meeting yang lain. Tiket flight dah tempah. Aduuhh…terpaksa drive jugak ke KL ni..

Tengahhari saya terus blah dari opis.

Menghadiri meeting pada 25 dan 27 April.. Badan sudah letih. Saya tak mampu drive lagi. Saya ambil tiket bas untuk pulang ke Kedah. Sampai awal subuh 28 April.

Pagi itu saya terpaksa juga masuk ke pejabat. Terpaksa handle 2 meeting di pejabat.

Waktu petang saya bergegas ke Jeti Kuala Perlis. Nasib baik ada tiket feri. Jam 7.00 malam ke Langkawi. Saya sepatutnya check in Kursus jam 3 petang lagi.. Tak kisahlah lewat pun… Badan penat!

Berkursus 3 hari bersama-sama dengan pengarah-pengarah IKBN dan Jabatan Belia Sukan zon utara. Kursus tamat hari Khamis 30 April jam 5.30 petang.

Selesai kursus saya di sapa bos saya

“U cuti sampai Rabu je kan?”

“Ya” Saya jawab

“U ganti saya chair meeting kat Sik hari Khamis” Pinta bos

Saya hanya diam, tanpa kata apa-apa

———–

Selesai kursus terus ke Jeti. Tiket ke Kuala Perlis jam 7.00 malam. Saya perlu cepat, kerana saya perlu ke KL malam ni jam 11.30.

Alhamdulillah sampai di rumah jam 10.00 malam.

11.30 malam naik bas ke KL. Badan amat letih!

Awal subuh tiba di KL.

“Ustak, mu tido dulu lah, kita gi Johor pas Jumaat”

Badan yang amat letih mana ada selera nak tidur!

Namun, saya tiba juga di UTM. Sebenarnya, bila jadi pelajar balik, letih hilang…

Dapat tulis blog pun letih badan pun hilang…huhu

Selamat Ulang Tahun Pertama Blogku…1 Mei 2009

4 Respons to “Saya Keletihan”

  1. saff Says:

    selamat hari pekerja – 1 mei..Kalau tensen, makan coklat banyak2.. B)

  2. muhammadridwanto Says:

    salam, jangan putus asa bro.
    Ko memang hebat

  3. Hamasyie Says:

    coklat membahayakan kesihatan!!!

  4. Azrul Hisyam Says:

    ape kes komen coklat dalam entri nih…
    sesat dale utan mano lah nih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: