Tuhan Sedang Berbicara

Masa Dulu-Dulu


Guru Penolong Kanan memanggil kami seramai kurang 20 orang ke bilik sumber sekolah.

“UPSR tahun ni kamu semua kena dapat 4A, sekolah target ramai tahun ni”

Tahun 1996, memang saya calon sekolah untuk mendapat 4A dalam UPSR.

Hari pengumuman keputusan. Hari itu gerimis, kadang-kadang lebat. Saya dah dapat keputusan. Ayah datang mengambil saya di sekolah.

“Berapo?” Tanya ayah.

“3” Balas saya.

“Alhamdulillah ok doh tu” Ayah menyambung sambil membawa saya pulang dengan proton saga birunya.

Saya mengisi borang permohonan untuk kemasukan tingkatan 1 ke SMKA dan Sekolah Agama Negeri bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Memang harapan saya untuk ke SMKA kerana mahu mengikut jejak abang yang telah 2 tahun di SMKA Falahiah.

Falahiah tak dapat. Tetapi saya diterima untuk memasuki Sof Al-Awwal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Oleh kerana kekurangan asrama, jadi saya terpaksa berulang alik ke sekolah. Oleh kerana rumah saya yang jauh dengan sekolah, dan perlu menaiki 2 buah bas, ayah menumpangkan saya di rumah kakaknya. Selama 2 minggu berulang alik ke sekolah. Suatu hari ayah datang dengan ma berjumpa saya di rumah mak saudara.

“Se buleh falahiah, tapi duk maahad la deh” Ayah bersuara

“Takpo belako” Jawab saya.

Ayah dan ma pulang. Tapi esoknya ayah datang lagi. Kali ini berseorangan tanpa ma.

“Mai balik rumah, lusa kita gi daftar sekoloh falahiah” Kata ayah.

Memang hati ni gembira tak terkata. Memang kemahuan saya untuk ke sana, tapi bila ayah minta saya tetap di sekolah maahad, saya patuh.

Rupanya bila ayah dan ma pulang ketika berjumpa saya semalam, mereka kesian tengok muka saya, muka ceria bila tahu dapat ke falahiah tetapi nampak sedih bila ayah minta saya stay di maahad. Memang orang tua dapat membaca air muka kita.


Laluan Yang Agak Tidak Sukar

Mengingati detik-detik awal saya mengenal dunia luar. Dunia mengenal berdikari.

Memang laluan saya tidak sukar dari form 1 – 3. Sehinggalah ke SPM. Dengan keputusan SPM yang ada, saya nekad untuk tidak memasuki matrikulasi tetapi menunggu keputusan kemasukan universiti untuk tahun 1 sarjana muda. Alhamdulillah, saya diterima. Tahun 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Grad on time, berkonvokesyen bersama-sama rakan sekuliah.

Oleh kerana ‘malas’ nak minta kerja, saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Kali ini dalam bidang penyelidikan.

Setahun bersesak dengan membaca jurnal-jurnal, dan macam-macam lagi, saya dipanggil bekerja dengan kerajaan. Sebagai pemegang biasiswa persekutuan sememangnya saya terikat dengan perjanjian perkhidmatan.


Full Time – Part Time

Dari pelajar sepenuh masa ke pelajar separuh masa. Bekerja di Kedah. Saya tidak yakin untuk melalui situasi ini.

Perlu berulang alik Jitra-UTM semata-mata kerana nilainya sehelai ‘sijil’. Jika nak diikutkan fikir saya yang mudah, ambil je lah master di UUM. Dekat dengan tempat kerja. Duit pun tak banyak habis untuk ulang alik. Masakan tidak, duit perjalanan kereta pun mencecah RM500.

Sejak bekerja, elaun pelajar master saya dihentikan. Yuran dibayar guna kantong sendiri. Memang membebankan.

Alah sikit saje lagi

Kata-kata keramat dari semua orang yang ‘cuba’ memotivasikan saya.

“Iye lah Rul, orang lain senang je kata, tapi seksanya ko tengah rasa” Kata-kata staf di lab

Mungkin sedikit perkongsian tentang master saya. Kajian saya tentang hayat mata alat semasa proses mengisar. Normalnya, mata alat akan haus@pecah dalam tempoh 2-3 minit. Namun bila saya menggunakan kaedah Minimum Quantity Lubricant, hayat mata alat boleh mencecah 1 jam. Saya punyai 24 mata alat untuk ‘dipecah’kan. Secara praktikalnya memang kaedah saya ini bagus dan boleh dikatakan untuk mata alat. Tetapi rumit untuk saya! Saya perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan eksperimen saya! Mata alat susah nak pecah, padahal matlamat saya untuk memecahkannya. Lagi cepat pecah lagi senang kerja saya.

Saya memuhasabah diri.

Sepanjang waktu dari dulu Allah mempermudahkan urusan saya. Tapi kali ini saya diuji. Teringan novel ayat-ayat cinta ketika si Fahri dipenjara dek tuduhan memperkosa Nora. Ketika Fahri mengenang nasibnya, datang seorang Profesor seolah-olah memberi tamparan yang hebat kepada si hero ini.

” Allah sedang berbicara dengan kamu…sabar dan ikhlas”

Namun Fahri masih lagi bingung kenapa dia diuji sebegitu rupa.

“Allah sedang berbicara dengan kamu, Allah mengingatkan kamu jangan sombong, ingat siapa diri kamu!”

Mungkin watak Fahri yang menganggap dirinya ‘sempurna’. Apabila sempurna kenapa patut diuji.

Muhasabah

Saya tidak pernah gagal dalam ujian. Seluruh kehidupan saya dilalui semacam on-track. Saya jadi alpa. Allah sedang menguji saya. Siapalah saya untuk tidak diuji.

Mohd Azrul Hisyam Mat Zin

Makmal Pengeluaran FKM UTM

09.11 p.m

12 Ogos 2009

7 Respons to “Tuhan Sedang Berbicara”

  1. city Says:

    insap2..

  2. Ummi Amani Says:

    Sebaris ayat dari suami Ummi untuk dikongsi bersama…Ada orang yang hidupnya di uji dengan hidup tanpa ujian. Terima kasih kerana menjenguk ke kedai Ummi. Sudilah menjeguk lagi ye Azrul.

  3. gembes Says:

    Kesusohan itulah hok menjadikan sesuatu benda tu ‘bernilai’, setinggi mana nilainya hanya yang menghadapi tahu.

  4. ridwanto Says:

    bersabarlah
    aku tahu kau memang cekal orang nya
    ameen

  5. posh Says:

    biasa la tue,abe azrul…
    ujian itu tanda kasih sayang Allah utk abe azrul

  6. Hamasyie Says:

    pahit itu ubatt yg paling mujarab…

    Siapa kita untuk tidak diuji??
    Best ayat tu…

  7. narashika Says:

    Setujuu.. kadang2 kite terlupa bila lama tak diduga dgn kesusahan…

    syok jugak bile kene tamparan sekali sekala… baru rasa terpaksa utk meng’up-grade usaha yg ala kadar itu =)…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: