Komunikasi

“Betul ke staf kontrak akan diberhentikan?” Tanya seorang staf saya

“Kenapa tak bagitau awal2?”

“Kenapa itu….kenapa ini…?” tak henti-henti bertanya.

 

Ini yang berlaku hari ini. Nada semacam tidak puas hati.

Saya menarik hela yang panjang. Mula berbincang. Dan dia menerima.

Saya percaya, semua orang berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun jika saya melenting dengan diajukan pelbagai soalan yang sebenarnya tak masuk akal, sudah pasti akan lebih rumit.

Yang penting komunikasi berkesan. Itu ditempat kerja.

 

Saya banyak kali dengar tentang kes-kes perceraian dalam rumah tangga akibat dari komunikasi yang tidak baik. Isteri mahu dihargai. Sama juga dengan suami. Tapi sebaliknya berlaku.

Mungkin sudah bosan dengan pasangan masing-masing dek terlalu lama bercinta sebelum kahwin sehinggakan tiada apa yang hendak dibualkan.

“Yang, rumah kita dah 2 bulan tak bayar ni” mula si suami untuk berbincang.

“Kejap ye bang, saya ada hal sikit nk buat kat dapur” balas si isteri

Suami membisu.

 

“Bang, semalam ayah ada call dia tanya bila kita nak balik kampung” Tanya isteri

“Kejap ye sayang, abang sibuk ni, ada kerja yang perlu diselesaikan” jawab suami dengan nada yang baik.

Namun, jika setiap kali si isteri ingin memulakan perbincangan tetapi si suami masih beralasan, sibuk la, ada hal itu la, ada hal ini la, maka berlakulah komunikasi yang pasif. Si isteri akan pendam perasaan.

“Tak payah cakap la ngan laki aku nie” benak isteri dalam hati. Keadaan yang berterusan akan membuat rumah tangga berantakan.

 

Memang terlalu banyak kes macam ini yang saya dengar. Pasangan yang bertunang pun tidak berkecuali. Bila rasa diri tidak dihargai, maka mula la untuk menjauhkan diri.

 

Saya menarik nafas panjang

2 Respons to “Komunikasi”

  1. muhammadridwanto Says:

    kau memang hebat..
    bila lagi nk kawen? tak kan asyik berteori aja, praktikal nya mana?

  2. moon Says:

    hm…ni lah azrul yg dikenali.eheh kenali dlm blog jer la.sentiasa menulis sesuatu yg dekat n berlaku sekeliling kita. yer …komunikasi mmg sgt penting tp bla waktu dan tempat juga kene diambil kira. Janganlah membicarakan sesuatu yg penting pada masa pasangan sbok membuat sesuatu keje…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: